Pelakon Rita Rudaini sentiasa mengingati dakwaan yang anak sulungnya bukan darah daging hasil perkahwinan dengan bekas suaminya, Aidil Zafuan.
Dalam temu bual bersama Melodi TV3, Rita Rudaini Mokhtar menegaskan bahawa dia tidak boleh melupakan pengalaman tersebut,
Terutamanya ketika anak sulungnya, Airit Rayyan, dituduh bukan darah daging Aidil.
“Masa anak pertama saya dikatakan bukan anak dia, itu satu pengalaman yang tidak boleh saya lupakan
Jadi, jangan pandang muka anak saya. Saya tidak akan membenarkan dia berdekatan,” kata Rita Rudaini.
Rita juga menegaskan bahawa dia tidak akan memaafkan sesiapa yang terlibat dalam isu antara dia dan Aidil ketika mereka berpisah dahulu. Baginya, maaf harus datang dari hati yang ikhlas.
Rita Rudaini juga menafikan bahawa dia pernah menghasut anak-anaknya untuk membenci bapa kandung mereka. Dia menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai masa untuk menghasut anak-anaknya dan tidak akan memaksa mereka untuk bertemu dengan Aidil Zafuan.
“Saya tidak boleh paksa. Jangan menilai orang dari luaran. Buka mata, buka hati, scan betul-betul,” tambah Rita.
Rita turut menitipkan nasihat agar individu di luar sana menjaga sensitiviti dan tidak bertanya apa-apa kepada anak-anaknya mengenai bekas suami. Dia menegaskan bahawa beliau telah bekerja keras sebagai ibu tunggal untuk membesarkan anak-anaknya.
“Jangan berpura-pura faham perasaan anak. Anda faham dan kasihan kepada saya yang bergelar ibu tunggal membesarkan anak-anak saya seorang diri?” katanya.
BACA: ‘Ustaz pun teruk perangai’, Cara penyampaian ilmu Ustaz Ahmad Dusuki dikecam netizen