Jarang orang cina ‘renovate’ rumah supaya nampak mewah, duit banyak-banyak pergi mana?

Oleh DAHLIA MARZUKI

Amalan mendekorasi dan merenovasi kediaman mungkin menjadi fokus utama bagi sesetengah individu, tetapi bagi masyarakat Cina,

perkara ini tidak selalu menjadi keutamaan. Seorang lelaki mualaf berketurunan Cina, Adam Kelvin,

Berkongsi pandangannya tentang kebiasaan ini dalam laman Facebook miliknya.

Menurut Adam, masyarakat Cina cenderung untuk melakukan dekorasi atau renovasi dengan penekanan yang sangat minimum, hanya memperbaiki apa yang diperlukan.

“Orang Cina jarang melakukan renovasi untuk nampak mewah. Hiasan mereka sangat minimum

Jarang orang cina 'renovate' rumah supaya nampak mewah, duit banyak-banyak pergi mana?

Yang penting, selagi ia berfungsi dengan baik, itu sudah memadai.

“Kalau kami merenovasi, kami pastikan ia penting dan berguna. Seperti membuat meja dapur dan kabinet, atau memperluaskan ruang dapur untuk buat laundry.

Gaya mewah bukanlah keutamaan dalam hiasan dalaman bagi masyarakat Cina.

“Dari segi perabot, kami tidak perlu melabur terlalu banyak untuk mengejutkan tetamu. Asalkan perabotnya berkualiti, itu sudah mencukupi. Tiada keperluan untuk kelihatan mewah.

“Meja makan pun sederhana. Tiada perlu hiasan bunga berat atau dekorasi yang berlebihan. Yang penting, meja makan itu berfungsi dengan baik.

“Langsir juga sama. Tiada keperluan untuk hiasan mewah. Cukup dengan yang sederhana dan mudah untuk dibersihkan,” katanya.

Hiasan dalaman juga tidak terlalu ditekankan, kecuali cat yang berkualiti untuk membuat dinding kelihatan cantik dan bersih.

“Jarang ada yang pasang lampu gantung besar-besar. Atap pun biasanya kosong. Selalunya kami hanya menghiasi dinding dengan warna yang cerah,” katanya.

Adam merasa hairan apabila beberapa individu enggan menduduki rumah mereka selepas membelinya, semata-mata untuk tujuan renovasi dan dekorasi.

“Kami tidak suka menghabiskan duit untuk dekorasi semata-mata. Kebanyakan dari kami tidak memerlukan pengesahan dari luar untuk membuktikan keadaan kewangan kami.

“Kami lebih suka melabur dalam pendidikan, melancong, dan menikmati makanan berkualiti. Hidup ini bukan untuk memuaskan hati orang lain, tetapi untuk mendapatkan kepuasan sendiri selepas berusaha,” katanya.

Perkongsian Adam di Facebook mendapat lebih dari 12,000 kongsian, menunjukkan minat yang tinggi dalam pandangan tersebut.

BACA: Saya terpaksa pukul isteri sebab takut mak dan ayah cakap saya lebihkan isteri dari mereka