Jangkitan kuman dalam darah, Hamdan Senario meninggal dunia

Oleh DAHLIA MARZUKI

Pelawak Hamdan Senario atau Ahmad Hamdan Mohamed Ramli disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru,

pada kira-kira pukul 12.50 tengah hari, Jumaat. Berita sedih ini disahkan oleh rakan seangkatan Hamdan, iaitu Azlee.

“Hamdan sudah meninggal dunia. Dia baru sahaja meniggal dunia pada 12.50 tengah hari tadi,” kata Azlee ketika dihubungi mStar.

Jangkitan kuman dalam darah, Hamdan Senario meninggal dunia

Azlee turut menjelaskan bahawa keadaan jantung Hamdan sangat lemah sejak beberapa hari lalu dan hanya bergantung pada alat bantuan pernafasan.

“Dia tidak sedarkan diri, ditidurkan. Jantung tidak boleh sokong dengan bantuan pernafasan. Jantung lemah 30 peratus,” ujarnya.

Menurut Azlee, jenazah Hamdan akan dibawa ke Ipoh pada pukul 3 petang untuk dikebumikan di kampung halamannya.

“Jenazah hantar terus pegi Ipoh. Kebumi disana di kampung halaman,” ujarnya.

Pada Isnin sebelumnya, Hamdan terpaksa ditidurkan selepas mengalami jangkitan kuman dalam darah. Anak bongsunya, Nur Natasya Umairah, 20, menyatakan bahawa bapanya dibawa ke hospital kerana mengalami cirit-birit.

Hamdan berada di Johor Bahru, Johor bersama anggota Senario lain untuk menjayakan acara Wonderful Night with Senariounion sempena ambang tahun baru 2024. Akibat masalah kesihatan yang dialaminya, acara tersebut terus dilangsungkan tanpa kehadiran Hamdan.

BACA: Siapa sangka tanah 1.2 hektar di Jln Perak, KL adalah tanah wakaf! Ini kisah kekayaan Ahmad Dawjee Dadabhoy