Jangan sampai menyesal tak sudah kalau tabung persaraan kering bila tua nanti

Jangan sampai menyesal tak sudah kalau tabung persaraan kering bila tua nanti

Tahukah anda bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bukanlah macam bank. Sebab tu setiap bulan kita disebut mencarum, bukan menyimpan.

Sebagai pemegang amanah, KWSP mempunyai mandat untuk menguruskan caruman bulanan pekerja dan majikan, untuk faedah hari tua anda. Setakat hari ni, KWSP mempunyai seramai 14.8 juta pencarum. Dan caruman bulanan itu dilabur dengan pelbagai cara supaya anda mendapat dividen setiap tahun dan ada simpanan untuk hidup di hari tua.

Jika simpanan anda dikurangkan terlampau banyak atau dikosongkan, anda di usia emas yang akan menerima kesan buruk kerana kekurangan simpanan untuk belanja harian.

Kita orang Melayu jangan jadi bahan untuk orang politik buat main demi kepentingan peribadi. Kita jangan diperkotak-katik. Orang Melayu perlu cerdik, terutamanya dalam bab-bab duit. Jangan bila dengar guruh di langit, habis air di tempayan kita curah. Sudahnya menyesal di kemudian hari.

Sumber :

COMMENTS