‘Jangan jadi hamba kereta, biar kereta yang jadi hamba’ Peniaga jalanan guna Mini Cooper angkut barang niaga

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Seorang lelaki yang menjalankan perniagaan jualan nasi goreng di tepi jalan ternyata memiliki sebuah kereta Mini Cooper,

Mengikut laporan dari laman berita Tribunjatim hari ini.

Maklumat ini didedahkan oleh pemilik akaun @nic_talking di platform X. Mengikut keterangan pemilik akaun dan suaminya,

mereka memutuskan untuk makan malam di warung nasi goreng tersebut.

Ketika itu, mereka melihat sebuah kereta Mini Cooper yang diparkir berhampiran dengan warung tersebut.

'Jangan jadi hamba kereta, biar kereta yang jadi hamba' Peniaga jalanan guna Mini Cooper angkut barang niaga

Mereka bersedia menunggu lama untuk mengetahui siapa pemilik sebenar kereta tersebut, sehingga akhirnya ditegur oleh peniaga warung yang sedang bersiap untuk menutup perniagaannya.

Setelah berbual dengan peniaga, pasangan tersebut terkejut mendapati bahawa Mini Cooper itu milik peniaga warung tersebut. Kereta itu digunakan untuk mengangkut barang-barang keperluan perniagaan seperti kuali.

Pemilik akaun @nic_talking juga mendedahkan bahawa perniagaan nasi goreng tersebut dijalankan oleh pasangan suami isteri yang sederhana dan mesra.

BACA: Tak sangka! Sebelum ada ‘highway’ baru, rupanya ini ‘highway’ lama sebelum zaman hang tuah