Jangan datang ke pantai ini jika anda tak lengkap vaksin

Individu yang tidak lengkap vaksinasi Covid-19 dilarang mengunjungi Pantai Bagan Lalang kerana mereka bakal dikompaun oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran (MP) Sepang , Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, sekiranya didapati ada individu yang ingkar, mereka akan terus diarahkan pulang serta-merta.

“Ini kerana bermulanya minggu depan, MP Sepang tidak akan berkompromi dalam mengenakan tindakan sewajarnya jika mendapati ada pengunjung tidak patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Jangan datang ke pantai ini jika anda tak lengkap vaksin

“Sebelum ini MP Sepang memberi advokasi dan nasihat kepada mereka, bagaimanapun sekiranya masih tidak mematuhi SOP tersebut, pihak berkuasa tidak teragak-agak mengenakan tindakan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Abd. Hamid membuat tinjauan pematuhan SOP Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Pantai Bagan Lalang, Sepang di sini.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/25/individu-tidak-lengkap-vaksin-dilarang-kunjungi-pantai-bagan-lalang/

BACA JUGA : Panas !!! Isu wang MBI dipindah ke akaun Kanada, akhirnya SPRM buka mulut

CATEGORIES