Jambatan di Port Dickson rupanya pintu penghubung alam manusia dan bunian

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Jambatan ini dikatakan dibina khusus untuk laluan makhluk bunian agar mereka tidak melintas di tengah jalan, yang dikhuatiri boleh mengakibatkan kemalangan kepada pengguna jalan raya.

Ada yang mengatakan jambatan ini merupakan hasil perjanjian antara manusia dan kaum bunian.

Persoalannya, adakah jambatan ini benar-benar dibina untuk kegunaan makhluk ghaib?

Ayuh kita selongkar rahsia di sebalik jambatan Port Dickson ini!

Sebenarnya, jambatan ini dibina untuk memudahkan haiwan melintas jalan dan mengelakkan berlakunya kemalangan di antara kereta dan haiwan.

Jambatan di Port Dickson rupanya pintu penghubung alam manusia dan bunian

Kemajuan infrastruktur di Malaysia telah menyebabkan pembinaan lebuh raya yang bertujuan mempercepatkan perjalanan dari satu kawasan ke kawasan lain.

Namun, tahukah anda bahawa pembinaan lebuh raya boleh memberi kesan buruk kepada hidupan liar seperti harimau dan gajah? Lebuh raya akan memisahkan kawasan besar hutan kepada dua bahagian yang terpisah, menyukarkan hidupan liar untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain.

Untuk menyelesaikan isu ini dan menyelamatkan hidupan liar daripada terkorban, jambatan haiwan dibina supaya mereka dapat melintas di lebuh raya dengan selamat.

Jambatan haiwan sebenarnya sudah lama dipraktikkan di banyak negara, termasuk di Amerika Syarikat.

Menurut kajian yang dijalankan di Utah, sebanyak 98 kancil, 5 rusa, dan beberapa haiwan kecil telah terkorban akibat kemalangan jalan raya dalam tempoh dua tahun.

Ini turut mengorbankan hampir 200 nyawa setiap tahun berdasarkan rekod National Highway Traffic Safety Administration di AS.

Berikut adalah beberapa jambatan haiwan terkenal yang terdapat di luar negara:

Jambatan Ketam di Pulau Christmas, Australia

Ecoduct di Taman Negara Banff, Kanada

Jambatan untuk Binatang Liar di Belanda

Semoga selepas ini, tiada lagi yang takut apabila melalui jambatan ‘bunian’ ini!

BACA: Rupanya keputusan PAS lancar ‘derma jihad’ kalah saman fitnah demi raih simpati