Jalan utama Machang terputus akibat banjir, netizen sindir ‘bahana menfitnah la ni

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Fenomena banjir yang melanda Kelantan sejak semalam terus memberi cabaran besar apabila dua kejadian tanah runtuh berlaku dan dua jalan utama di jajahan Machang terputus.

Insiden ini bukan hanya menyebabkan pergerakan penduduk tempatan terhenti, malah turut meningkatkan risiko keselamatan di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Nik Soh Yaacoub, berkata dua jalan yang terputus itu

adalah Jalan Persekutuan FT 479 di Kemuning–Bukit Belah dan Jalan Negeri D16 di Batu 30–Temangan, akibat dinaiki air.

Menurutnya, kedua-dua jalan yang terputus itu tidak dapat dilalui oleh sebarang jenis kenderaan, sama ada berat atau ringan, disebabkan kedalaman air yang mencapai lebih kurang 0.8 meter.

Jalan utama Machang terputus akibat banjir, netizen sindir 'bahana menfitnah la ni

“Selain itu, dua kejadian tanah runtuh turut berlaku di jalan masuk ke Stesen VHF Bukit Bakar dan di FT 008, jalan Kota Bharu–Gua Musang, berhampiran Dataran Bukit Belah,” katanya.

Nik Soh menambah, JKR telah memasang papan tanda amaran dan penghadang di kawasan terbabit untuk memberi peringatan kepada pengguna agar lebih berhati-hati dan mematuhi peraturan yang ditetapkan, bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

Pengguna juga dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif dan melayari laman web https://bencana.jkr.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa, termasuk jalan yang ditutup dan kejadian tanah runtuh di kawasan yang terlibat.

BACA: Ini 7 tip travel DIY, tiba masa anda belajar melancong sendiri, takut di tipu agensi pelancongan