Jalan raya, terutamanya lebuh raya, seringkali terasa lurus kerana jarang kita jumpa selekoh tajam semasa dalam perjalanan.
Hakikatnya, kebanyakan lebuh raya tidak dibina lurus disebabkan oleh beberapa faktor seperti bentuk muka bumi, penempatan manusia, dan sebagainya.
Perkara ini menyebabkan impian membina laluan lurus untuk jarak yang panjang sebenarnya terbatas.
Namun, tahukah anda di Arab Saudi terdapat jalan yang sangat lurus tanpa sebarang selekoh?
Lebuh Raya 10, yang terletak di wilayah timur Arab Saudi, membentang sejauh kira-kira 255 kilometer (km).
Jalan lurus ini menghubungkan bandar Haradh, yang terkenal dengan minyak dan gas asli, dengan bandar Al Batha. Al-Bathaa terletak berdekatan dengan sempadan Emiriah Arab Saudi (UAE).
Lebuh Raya 10 juga menyambungkan Lebuhraya 75 di kawasan Haradh dengan Lebuh Raya 95 di timur Arab Saudi.
Asalnya, lebuh raya ini dibina sebagai laluan peribadi untuk mantan Perdana Menteri dan Raja Arab Saudi iaitu Raja Fahd bin Abdulaziz Al Saud.
Kini, jalan ini sering digunakan untuk mengangkut kargo dari kawasan tengah dan barat Arab Saudi ke negara jiran, UAE.
Laluan yang melintasi padang pasir Rub Al-Khali ini sangat lurus tanpa selekoh ke kiri atau kanan, bukit, atau cerun.
Keajaiban ini turut diiktiraf oleh Guinness World Record (GWR).
Menurut GWR, pemandu memerlukan masa 2 jam 25 minit untuk memandu merentasi lebuh raya ini.
Sebelum ini, rekod jalan lurus terpanjang di dunia dipegang oleh Lebuh Raya Eyre di Australia dengan panjang kira-kira 146 kilometer.
BACA: Wanita lari dari ditangkap curang dibelakang suami, jatuh balkoni hotel