Bagi penggemar makanan laut, Warong Pok Nong Celup Tepung yang terletak di Jalan Pantai, Kampung Telipot, Terengganu, pasti sudah tidak asing lagi.
Sejak lebih dua dekad lalu, warung ini telah menjadi destinasi utama untuk menikmati hidangan ikan celup tepung, sotong celup tepung, dan udang celup tepung yang sangat digemari.
Selain menu utama yang menjadi kegilaan ramai, warung ini juga terkenal dengan hidangan sampingan yang tidak kurang menarik
seperti keropok lekor goreng, ketupat sotong, dan pulut mangga yang sentiasa menambat selera pelanggan.
Namun begitu, peminat setia Warong Pok Nong harus bersabar kerana baru-baru ini, pihak warung mengumumkan penutupan sementara operasi mereka bermula 13 hingga 15 Januari.
Penutupan ini diumumkan melalui satu hantaran di TikTok @warong.poknong.ict, dengan pihak warung memaklumkan bahawa mereka akan kembali beroperasi seperti biasa pada Khamis.
Menurut sumber, penutupan tersebut adalah disebabkan oleh faktor keselamatan yang berkaitan dengan cuaca buruk dan masalah hakisan pantai yang semakin meruncing di kawasan tersebut.
Hakisan Pantai Semakin Membimbangkan
Keadaan hakisan pantai di Terengganu kini semakin membimbangkan, terutamanya di kawasan-kawasan seperti Batu Rakit, Kuala Nerus. Dalam laporan terbaru, hakisan pantai yang teruk telah menyebabkan beberapa laluan jalan raya di Kampung Mengabang Telipot dan Kampung Tanjung terjejas teruk, bahkan ada yang telah ditutup sepenuhnya sejak Sabtu lalu.
Ombak besar dan angin kencang yang melanda telah menyebabkan beberapa jalan utama runtuh, memaksa pihak berkuasa menutup laluan tersebut untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.
Sebagai langkah keselamatan, pihak berkuasa telah menyediakan jalan alternatif untuk semua jenis kenderaan bagi memastikan kelancaran perjalanan sementara menunggu keadaan kembali pulih.
Justeru, dengan cuaca yang tidak menentu dan ancaman hakisan pantai yang semakin parah, Warong Pok Nong terpaksa menghentikan sementara operasinya demi keselamatan pelanggan dan pekerja
Namun, para pengunjung tidak perlu risau kerana warung ini akan kembali beroperasi seperti biasa selepas tempoh penutupan tersebut
BACA: 5 Destinasi dalam dunia paling ‘Menyengat’ bau dia yang perlu anda tahu