JAKIM cadang guna mesin vending elak pekerja islam sentuh arak undang pujian netizen

Oleh DAHLIA MARZUKI

Beberapa pasar raya dan kedai serbaneka turut menjual minuman keras atau arak selain barangan runcit dan keperluan lain,

ia menimbulkan isu kepada pekerja beragama Islam yang mungkin terlibat dalam transaksi jual beli minuman keras.

Dalam sesi parlimen hari ini, Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat membangkitkan isu ini dengan mencadangkan kerajaan memperkenalkan mekanisme baharu

JAKIM cadang guna mesin vending elak pekerja islam sentuh arak undang pujian netizen

Yang dapat membantu pekerja Islam mengelak daripada terlibat dalam penjualan minuman beralkohol.

Suhaizan menyuarakan kebimbangan beliau melihat pekerja Islam terlibat dalam penjualan minuman beralkohol di kedai serbaneka.

Oleh itu, beliau mencadangkan agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperkenalkan garis panduan baharu yang membolehkan kedai-kedai menggunakan mesin layan diri untuk menjual minuman beralkohol, supaya pekerja Islam tidak terlibat dalam transaksi tersebut.

Dalam menjawab persoalan tersebut, JAKIM menyokong cadangan untuk penggunaan mesin layan diri bagi menjual minuman beralkohol di kedai serbaneka, yang akan membantu pekerja Islam untuk mengelakkan terlibat dalam transaksi minuman keras.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Zulkifli Hasan, menyatakan bahawa kerajaan terbuka terhadap idea-idea tambahan yang dapat membantu menangani kebimbangan umat Islam yang terlibat dalam penjualan minuman beralkohol, yang diharamkan dalam Islam.

Beliau turut menyenaraikan beberapa usaha lain yang telah dilakukan oleh JAKIM, termasuk kempen kesedaran untuk membantu pekerja Islam yang ingin keluar daripada industri minuman keras.

Persoalan ini memunculkan berbagai pandangan. Apakah pandangan anda?

BACA: “Aku cek fon suami, jumpa mesej dan call dari kakakku sendiri! Istigfar aku baca mesej mereka macam pasangan baru kahwin”