JAKIM buang posting Timb Menteri serah sumbangan Covid kepada PASTI

JAKIM buang posting Timb Menteri serah sumbangan Covid kepada PASTI

Ke mana menghilangnya berita sumbangan Tabung Musaadah Covid-19 kepada PASTI di page facebook JAKIM?

Kenapa JAKIM perlu delete? Main sembunyi-sembunyi ke? Berani kerana benar, takut kerana salah.

Semua akui PASTI mempunyai sistem pendidikan yang bagus dan baik. Namun apa yang berlaku semalam apabila institusi yang berada di bawah Dewan Pemuda Pas mendapat sumbangan terus hasil Tabung Musaadah Covid-19 yang dilancarkan oleh YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) ketika negara sedang menghadapi Covid-19 yang lalu.

Buat pak Menteri, hati-hatilah kerana Pas sedang cuba mengotori imej YB Menteri sebelum mereka cuba kaut semuanya. Apa yang terjadi semalam, netizen banyak menyalahkan YB Menteri sedangkan yang menyampaikan sumbangan adalah Timbalan Menteri yang mewakili Pas.

Inilah link yang telah dipadam oleh pihak Jakim.
https://www.facebook.com/155056204544957/posts/3312890495428163/

COMMENTS