JAKIM akhirnya respon kes pelancong China baling jubah di Masjid Putra

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen,

apabila menunjukkan tindakan kurang sopan seorang pelancong dari China yang dilihat membaling jubah di Masjid Putra, Putrajaya.

Kejadian yang berlaku di kawasan utama masjid tersebut turut disaksikan oleh pengunjung lain dan melibatkan pengawal keselamatan.

Situasi ini segera menarik perhatian ramai selepas video tersebut tersebar luas di media sosial,

Dengan pelbagai reaksi daripada netizen yang kecewa terhadap tindakan pelancong berkenaan.

JAKIM akhirnya respon kes pelancong China baling jubah di Masjid Putra

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui satu kenyataan rasmi telah menyatakan bahawa pihaknya mengambil serius insiden tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, tindakan yang ditunjukkan oleh pelancong tersebut sama sekali tidak dapat diterima kerana ia melibatkan pelanggaran terhadap adab dan peraturan yang perlu dihormati oleh semua pihak ketika berada di tempat ibadah.

“Pelancong China tersebut dilihat membaling jubah ke arah Pengawal Keselamatan Masjid Putra dan beberapa kon dilanggar atau disepak.

Pihak pengurusan masjid telah menjalankan siasatan terhadap kes tersebut dan tindakan susulan akan diambil mengikut undang-undang dan peraturan berkaitan,” kata kenyataan itu.

BACA: Ulama Pas sekolahkan adik Azmin Ali