“JAIS juga akan mengambil tindakan menutup sekolah yang terlibat mengikut Seksyen 25 enakmen yang sama,” katanya.
Kes terbaharu yang tular melibatkan empat pelajar yang hilang dari sebuah sekolah tahfiz
Dan ditemui di Bukit Jelutong, Shah Alam, disyaki didera dan menjadi mangsa seksual amat dikesali
Jika benar berlaku, ia adalah sesuatu yang sangat memalukan, melampau, dan tidak bertamadun.
Lebih teruk, ia terkeluar sama sekali daripada konsep mendidik yang ditetapkan oleh Islam, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.
Beliau yang juga Pendaftar Sekolah Islam Selangor menegaskan, JAIS sekali lagi mengingatkan kepada jemaah pengurusan, pentadbir, dan para guru sekolah agama swasta bahawa pihaknya tidak akan teragak-agak menamatkan
pendaftaran mana-mana sekolah agama swasta di negeri Selangor mengikut Seksyen 15 Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1988 Pindaan (2001) jika didapati terlibat dengan penderaan dan gangguan seksual kepada pelajar atau apa jua bentuk perbuatan tidak wajar yang menyanggahi prinsip asas Islam.
Ibu bapa dan penjaga juga diingatkan supaya sentiasa memantau perkembangan anak-anak dari semasa ke semasa agar sebarang perubahan sikap dan tingkah laku dapat dikesan lebih awal dan ditangani dengan langkah-langkah yang sesuai, seterusnya dapat mengelakkan keadaan daripada semakin buruk dan merosakkan masa depan pelajar.
Mengikut Seksyen 8 enakmen, katanya, pihak sekolah swasta adalah tertakluk untuk didakwa dan mendakwa.
Selain kes jenayah, ibu bapa dan penjaga juga boleh mendakwa dan menuntut hak anak-anak jika mereka telah diperlakukan secara tidak wajar untuk dibawa ke muka pengadilan.
BACA: Kalau kena memang sakit, rupanya ini penyebab sebenar jerawat boleh tumbuh di telinga