Seorang bapa luah rasa syukur apabila anak sulungnya yang berusia 12 tahun sudah pandai berdikari dalam menyediakan bekalan sendiri untuk dibawa ke sekolah.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh lelaki terbabit yang menggunakan akaun TikTok @Amyzana,
dapat dilihat anak lelakinya yang lengkap memakai baju sukan sekolah sedang memasak nasi goreng sebelum berangkat menuntut ilmu.
Dalam perkongsian itu, lelaki turut tersebut memberitahu anaknya bercita-cita untuk berjaya seperti usahawan dan pempengaruh Khairul Aming kelak.
“6.40 pagi nak bujang tengah memasak sebelum pergi ke sekolah.
“Si along ni ni baru darjah enam, alhamdulilah dia dah pandai berdikari. Tak ada lah bapanya risau sangat, katanya nak jadi macam Khairul Aming,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kerajinan serta kemahirannya memasak nasi goreng walaupun usianya baru sahaja 12 tahun.
@emyspiders si along ni bru darjah 6, alhamdulilah die reti berdikari dah.. idok le apak nye risau sangat.. kate nye nk jd mcm KA 😬.. #along #darjah6 #akhiratdidepan ♬ original sound – ysaniiieee
Dalam pada itu, ramai memuji ibu bapa kepada kanak-kanak itu yang pandai dalam mendidik anak-anak untuk menjadi insan berguna dan mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.
BACA: Lepas ini confirm tak geli tengok kaki sendiri, ini 5 bahan mujarab hilangkan parut kudis buta