Jadi wira semasa pandemik, Dr Noor Hisham kembali sebagai Dr bedah

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, seorang wira sewaktu pandemik lalu dan sekarang kembali bertugas sebagai doktor bedah

selepas bersara sebagai Ketua Pengarah Kesihatan.

Perkara ini dimaklumkan Dr Hisham di aplikasi X di mana dia kembali bertugas di Institut Endokrin Hospital Putrajaya.

Jadi wira semasa pandemik, Dr Noor Hisham kembali sebagai Dr bedah

Pada pagi ini, saya kembali bertugas di Institut Endokrin Hospital Putrajaya. Institut Endokrin ini meliputi sebuah blok 10 tingkat dengan 220 buah katil.

Unit rawatan rapi ICU (dewasa 10 katil, pediatrik 8 katil) dan Dewan Bedah Hibrid (Neuro-Endokrin Berintegrasi) serta 4 Dewan Bedah telahpun mula beroperasi pada minggu lepas.

Saya akan mula sesi pembedahan pada setiap hari Isnin dan menjalankan klinik pada setiap hari Selasa.

Untuk pengetahuan korang, Dr Hisham telah menerima anugerah doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network selepas berjaya menjalankan tugas yang baik sepanjang menangani pandemik.

Semoga Dr Hisham terus sihat dan dipermudahkan segala urusan olehNya sepanjang menjalankan tugas.

BACA: “Suami cakap tu suka-suka je since aku kurang layan batin suami, dia mula cari khidmat mengurut bagi puaskan nafsunya”