Jadi tali barut Israel, rakyat Malaysia dibayar RM120K

Jadi tali barut Israel rakyat Malaysia dibayar RM120K

Jadi tali barut Israel, rakyat Malaysia dibayar RM120K. Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membongkar satu jaringan perisikan Israel, MOSSAD di negara ini.

Perkara tersebut terbongkar selepas 2 orang rakyat Malaysia telah ditahan kerana terlibat dalam satu kes penculikan melibatkan warga Palestin pada akhir September lalu.

Menurut laporan eksklusif media berbahasa Inggeris tempatan, New Strait Times, pasukan polis telah melancarkan serbuan di sebuah chalet di Hulu Langat.

“Operasi dilancarkan dalam tempoh 24 jam selepas seorang rakyat Palestin diculik di tengah bandar raya Kuala Lumpur,” kata laporan itu.

Menurutnya, wanita tempatan berusia 30 tahun turut disyaki menjadi dalang rangkaian perisikan Israel di negara ini.

Jadi tali barut Israel rakyat Malaysia dibayar RM120K

“Wanita terbabit telah dilatih sebagai penyiasat persendirian di Perancis sebelum direkrut oleh ejen Mossad sebelum tahun 2018,

“Individu terbabit kemudiannya menjalani latihan di luar negara termasuk Eropah bagi menguasai ilmu perisikan,” kata laporan itu.

Tambahnya, wanita tersebut telah dibayar sebanyak RM120 ribu dan dipercayai terlibat dalam insiden penculikan seorang warga Palestin pada akhir September lalu.

Sehingga kini, masih belum terdapat sebarang kenyataan rasmi dari pihak PDRM.

BACA:

Kerja cincai Jurugambar buat pengantin gigit jari, ‘dah macam katalog perabot’

Cara jaga pakaian putih, hanya guna satu bahan ni sahaja

‘Pembunuh sempat lepak luar cafe lepas tinggal beg mayat budak 12 tahun’

CATEGORIES