‘Jadi ketua keluarga pun gagal..’ Netizen sindir Andika Putra mengidam jawatan Perdana Menteri

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Selepas menyatakan hasrat untuk membeli bangunan Tun Razak Exchange (TRX), pempengaruh Andika Putera

kini menarik perhatian ramai dengan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

Andika atau nama sebenarnya Muhammad Andika Putera Salleh, 27, berkata beliau tidak kisah jika

impiannya diperlekehkan oleh orang ramai kerana menganggap itu sebagai ujian untuk mencapai cita-citanya.

“Dika nak jadi Perdana Menteri, itu impian Dika. Orang kata gila, biarlah.

'Jadi ketua keluarga pun gagal..' Netizen sindir Andika Putra mengidam jawatan Perdana Menteri

Saya memang nak jadi seorang pemimpin.

“Ramai orang minta sesuatu yang besar, Allah akan beri ujian yang sepadan dengan apa yang diminta sebab kau kena layakkan diri kau dulu,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang mempersoalkan bagaimana Andika mahu menjadi Perdana Menteri sedangkan dia pernah gagal dalam perkahwinannya sebelum ini.

Selain itu, ramai netizen kurang memahami apa yang dibicarakan oleh Andika semasa sesi podcast tersebut dan mencadangkan agar pempengaruh itu memperbaiki cara percakapannya sebelum bercita-cita menjadi Perdana Menteri.

Terdahulu, Andika yang berhasrat membeli bangunan Tun Razak Exchange (TRX) yakin bahawa dia akan merealisasikan impian besarnya itu suatu hari nanti, walaupun ia nampak sukar untuk dicapai.

BACA: Hukum sebenar baca al-quran tanpa menutup aurat, ini jawapan ulama ramai nak tahu