Izham sempurnakan cabutan kerja-kerja undi untuk JKR dan JPS Selangor

Izham sempurnakan cabutan kerja-kerja undi untuk JKR dan JPS Selangor

Hari ini saya telah merasmikan cabutan kerja-kerja kerja undi bagi JKR dan JPS bil 1 tahun 2020 bagi Negeri Selangor.

Serentak dengan itu juga saya telah menyempurnakan cabutan kerja-kerja undi bagi JPS Daerah Petaling dan Hulu Selangor di sebelah pagi dan cabutan kerja-kerja undi JKR bagi Daerah Petaling di sebelah petang.

Program tersebut telah diadakan di Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling. Cabutan kerja-kerja undi peringkat daerah telah dilaksanakan secara serentak di semua pejabat JKR dan JPS daerah di seluruh Selangor dan disiarkan secara ‘live’ di laman Facebook masing-masing.

Proses cabutan undi dipantau oleh wakil-wakil dari Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan juga wakil-wakil dari persatuan kontraktor-kontraktor yang berkenaan.

Jumlah keseluruhan kerja-kerja undi bagi JPS Selangor pada hari ini ialah sebanyak 228 kerja yang melibatkan peruntukan sebanyak RM9.5 juta.

Dari jumlah ini, sebanyak 15 kerja undi bernilai RM670,000 telah diperuntukan kepada JPS Daerah Petaling dan 18 kerja undi bernilai RM495,180 untuk JPS Daerah Hulu Selangor.

Jumlah keseluruhan kerja-kerja undi untuk JKR Selangor pula pada hari ini ialah sebanyak 260 bilangan yang melibatkan peruntukan RM14.908 juta, Daripada jumlah ini, bilangan kerja undi JKR Daerah Petaling adalah sebanyak 20 kerja undi yang melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM1 juta.

Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pihak JPS dan JKR negeri Selangor yang telah bertungkus lumus berusaha bagi menjayakan program ini.

Tahniah juga saya ucapkan kepada kontraktor yang berjaya dalam cabutan kerja undi ini. Kepada yang tidak berjaya tuan puan boleh mencuba lagi untuk menyertai kerja undi fasa kedua nanti.

Diharap dengan adanya peruntukan kerja seperti ini dapat meningkatkan ekonomi setempat serta memberi peluang kepada para kontraktor menjana pendapatan pasca Covid-19 yang melanda negara ini.

Sumber:

COMMENTS