Isu THP : Kenyataan Timb Menteri Agama mengelirukan

Isu THP : Kenyataan Timb Menteri Agama mengelirukan

Tujuan Langkah Rasionalisasi Aset Tabung Haji Plantation (THP) yang dijalankan adalah supaya ia kembali muncul sebagai syarikat perladangan bersaiz sederhana yang berdaya maju.

Proses rasionalisasi syarikat 73.84 peratus milik Lembaga Tabung Haji (TH) itu, secara umumnya membabitkan penjualan beberapa ladang yang didapati tidak mempamerkan prestasi mengikut jangkaan serta pelan penyusunan semula syarikat.

Penjualan ini bukanlah tindakan membuta tuli. Sebaliknya, ia dilaksanakan secara terancang dan teliti dengan matlamat mengukuhkan kedudukan kewangan yang dibebani oleh hutang yang besar, selaras dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif THP, Muzmi Mohamed dalam wawancara Berita Harian pada 24 Jan 2020.

Ketika disenarai awam pada 2006, THP dianggap sebagai syarikat ladang bersaiz kecil yang digemari pelabur. Namun, bermula daripada 2012-2014, THP telah membeli ladang tambahan secara agresif sehingga saiz ladangnya melebih 100,000 hektar daripada 15,000 hektar pada 2006.

Sebenarnya kedudukan kewangan THP agak kritikal sejak 2015 lagi berikutan kos pelaburan yang tinggi kerana itu ia terpaksa menjual dua anak syarikatnya, TH Bakti Sdn Bhd pada 2015 sebanyak RM16.3 juta. Diikuti THP Gemas Sdn Bhd pada 2016 sebanyak RM154.1 juta. Namun, penjualan aset itu dilihat masih tidak mencukupi untuk menjamin kos operasinya.

Alasan yang sama pada tahun tahun 2019 THP mengumumkan pelupusan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam Bumi Suria Ventures Sdn Bhd (BSV) dan Maju Warisanmas Sdn Bhd (MW) kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd pada harga RM170 juta untuk menyelesaikan bebanan hutangnya.

Selepas penyempurnaan penjualan itu, syarikat perladangan akan dapat mengurangkan nisbah hutang daripada 1.09 kali kepada 0.94 kali dan menjimatkan kos pinjaman sebanyak RM9.41 juta setahun. Berikutan penjualan itu, simpanan tanah milik Kumpulan THP berbaki 94,462.08 hektar, terdiri daripada ladang kelapa sawit dan getah.mengikut kenyataan yang dibuat oleh CEO Muzmi Mohamad.

Setelah akaun dibuat dengan nilai rosot sebenar maka THP mencatatkan kerugian bersih yang lebih tinggi sebanyak RM71.66 juta berbanding kerugian bersih RM14.41 juta dalam tempoh sama 2018, manakala pendapatannya merosot 10.8 peratus kepada RM357.40 juta. Ini melambangkan keadaan sebenar dan terkini kedudukan kewangan THP yang amat kritikal.

YB Pengkalan Chepa selaku Timbalan Menteri di JPM (Agama) hari ini juga telah mengelirukan Dewan Rakyat yang mulia ini apabila mengatakan bahawa kejatuhan harga minyak mentah adalah disebabkan oleh tindakan-tindakan kerajaan terdahulu yang tidak menjaga hubungan dagangan dengan negara China dan India yang menyebabkan nilai eksport kita jatuh mendadak. Hakikatnya peningkatan jumlah eksport sawit negara telah meningkat sebanyak 35% (china) dan 75% (india)

Berdasarkan Malaysia Palm Oil Board (MPOB) jelas menunjukkan telah berlaku peningkatan dagangan sawit negara pada tahun 2019 sebanyak 18,469,258 Tan Metrik yang mengatasi tahun 2017 sewaktu mereka memerintah. Penting untuk saya mengingatkan bahawa penentuan harga minyak sawit adalah ditentukan oleh pasaran dunia dan bukannya factor
politik tempatan sepertimana yang didakwa.

YB DATUK SERI DR. MUJAHID YUSOF RAWA
AHLI PARLIMEN PARIT BUNTAR
22 Julai 2020

Sumber :

COMMENTS