Isu TH : Pemimpin Pas lebih selesa ‘serang’ orang yang sedang memulihkan

Isu TH : Pemimpin Pas lebih selesa ‘serang’ orang yang sedang memulihkan

TABUNG HAJI TIDAK DIKUASAI BUKAN ISLAM: TAHNIAH KEPADA PAKATAN HARAPAN DAN PENGURUSAN, TAKZIAH KEPADA UMNO, PAS DAN PENGADU DOMBA.

Tahniah kepada Mujahid Yusof Rawa Nik Hasyudeen dan pengurusan Tabung Haji atas usaha yang cemerlang.

Takziah kepada Asyraf Wajdi Dusuki dan Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani serta pengadu domba yang mengecam langkah memulihkan Tabung Haji dengan melempar fitnah serta tuduhan sehingga meletakkan hukum hakam agama yang melampau.

Kerajaan Pakatan Harapan dan pengurusan Tabung Haji dituduh menjual aset orang Islam, menyerahkan harta orang Islam kepada orang kafir (DAP) dan tohmahan fitnah yamg sengaja dibuat untuk menakutkan orang Melayu dan Islam.

Jawapan Perdana Menteri pada sesi Dewan Rakyat semalam menjawab tohmahan yang dilemparkan oleh UMNO, PAS dan pengadu domba.

TABUNG HAJI TIDAK DIKUASAI BUKAN ISLAM.

Diharapkan Tabung Haji terus cemerlang dan berintergriti dalam pengurusannya.

Melihat kelantangan MP Baling di Parlimen, beliau adalah antara orang yang bertanggungjawab atas kegagalan Tabung Haji sebelum ini sehingga dilaporkan 3 laporan polis terhadapnya sebagai pengerusi dan juga ahli lembaga pengarah lain.

PAS pula dilihat menghalakan laras serangannya kepada pihak yang memulihkan, tidak kepada pihak yang bertanggungjawab meletakkan harta orang Islam dalam keadaan yang tidak berdaya saing dan pengurusan yang korup.

Mengapa UMNO, PAS, Ketua Pemuda UMNO DR ASYRAF WAJDI DUSUKI, Ahmad Dusuki Abd Rani tidak menekankan proses siasatan laporan polis oleh Tabung Haji kepada mantan Pengerusi serta Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji?

TSMY sebagai PM perlu mengekalkan pengurusan sedia ada agar langkah baikpulih yang dirancang dapat diteruskan dan mencapai objektifnya.

Ridhuan Esa
Ketua Pemuda AMANAH Tenggara
14 Julai 2020.

Sumber :