Isu Tabung Haji : Hilang dalil kini hanya tinggal dalih

Isu Tabung Haji : Hilang dalil kini hanya tinggal dalih

Budak Bukit Tunggal tiada dalil, guna dalih.

Setelah jawapan PM dalam Dewan Rakyat mengesahkan aset TH tidak dikuasai orang bukan Islam, budak Bukit Tunggal agak kepanasan. Terpaksalah dia buat karangan fiksyen lagi pasal TH untuk menegakkan benang putusnya.

Dia mula berdalih dan tanya saya, bila dia kata PH jual lelong aset TH kepada Cina DAP? Dia siap bertaruh nak bagi saya RM500 kalau saya boleh buktikan dia kata begitu. Saya pun tak kuasa nak pergi periksa wall dia, ada dia kata sebijik begitu atau tidak. Lebih baik saya baca buku ilmiah daripada baca tulisan-tulisan fiksyen karut dia yang penuh kesombongan gaya budak-budak.

Cuma seluruh rakyat Malaysia tahu fitnah Pas dan Umno bahawa PH gadai atau jual atau lelong aset umat Islam dlm TH kpd orang kafir. Orang kafir itu pula, Cina DAP lah yang paling jahat kononnya terhadap orang Melayu. Cina MCA tak jahat walaupun anti hudud, anti jawi dan bolot jawatan-jawatan dalam GLC walaupun hanya dengan 2 ketul menteri kabinet. Pas dan Umno tak marah cina MCA dan tak pernah menyeru orang Melayu membenci MCA walaupun tak kurang ajarnya juga. Fokus permusuhan dan hasutan kebencian mereka hanya pada Cina DAP!

Dengan naratif akhir untuk menyuburkan fitnah tuduhan PH dikuasai orang kafir atau Cina Dap, maka pertanyaan saya dalam posting yang lepas sepatutnya ditulis “Mana budak Bukit Tunggal dan abang DAWD dia yang degil seolah-olah kata aset TH dilelong kepada Cina DAP?” Saya merujuk kepada dua makhkuk itu kerana karangan fiksyen merekalah yang paling tular membentuk naratif akhir fitnah tersebut.

Dan budak Bukit Tunggal pula tidak pernah menegur, menasihatkan atau membetulkan tanggapan ramai orang Melayu yang termakan hasutan Pas dan Umno kononnya aset TH dilelong kepada Cina DAP. Sampaikan gambar saya bersama YB Mujahid dan pegawai tinggi JAKIM berkunjung ke pejabat LGE untuk menerangkan konsep RLA dan Maqasid Syariah dalam pentadbiran negara pun dicuri daripada wall saya dan dibuat fitnah rekaan kononnya kami bermesyuarat dgn LGE untuk jual aset TH!

Kalau budak Bukit Tunggal pernah buat teguran, pembetulan dan nasihat kepada orang Melayu khususnya para pengikutnya supaya jangan kaitkan Cina DAP atau LGE dengan penjualan aset TH, sila buktikan! Sebaliknya budak Bukit Tunggal sedar betapa tuduhan PH menjual lelong aset umat Islam kepada Cina DAP sangat berleluasa dan tular. Hari ini baru budak karangan fiksyen itu nak berdalih.

Nampaknya setelah budak Bukit Tunggal kena checkmate dengan jawapan tuntas PM yang menafikan aset TH dikuasai orang bukan Islam dan tiada dalil lagi untuk meneruskan pembohongannya, maka dalih pula digunakan pada hari ini.

Sebenarnya aset rosot nilai yang dipindahkan kepada UJSB itu tidak perlu lagi dipertikaikan atau diungkit sebagai harta TH atau umat Islam. Kerana urusniaga telah berlaku di mana aset yang bernilai semasa RM10bil yang dipindahkan itu telah dibayar oleh UJSB dlm bentuk sukuk dan tunai berjumlah RM19.9bil, iaitu berdasarkan nilai perolehan asal atau harga buku aset itu.

Walaupun sudah dipindah milik kepada UJSB, TH tetap diberikan hak first right of refusal, iaitu UJSB mesti merujuk kepada TH terlebih dahulu sebelum menjual aset itu kepada pihak lain. Bila TH menolak untuk membeli semula aset itu (kerana mungkin aset itu tidak menguntungkan TH buat masa ini), barulah UJSB boleh menjualnya kepada pihak ketiga. Dalam bisnes, perlukah UJSB tanya pembeli itu orang Islam atau bukan Islam? Kenapa Pas dan Umno tidak membeli aset2 bernilai rendah dengan liabiliti hutang itu daripada UJSB kalau benar nak selamatkan ‘aset umat Islam’? Sedangkan menurut rekod, di zaman BN pun TH pernah menjual aset ladangnya di Gemas kepada syarikat bukan Islam.

Perlu diingat, aset yang dipindahkan kepada UJSB itu bukan semuanya dibeli secara tunai oleh TH, sebaliknya dengan hutang. Jadi pemindahan aset itu kepada UJSB berlaku bersama pemindahan bebanan hutang yang asalnya dipikul oleh TH sehingga ia terkumpul menjadi liabiliti yang melebihi aset. Keadaan itu menyebabkan TH tidak boleh mengeluarkan hibah menurut Akta TH.

Perkara ini yang tidak disentuh oleh budak Bukit Tunggal dalam karangan fiksyennya. Tetapi dia menulis dengan penuh kesombongan seolah2 dia tahu segala rahsia dalam TH melebihi Chairman, CEO, BOD bahkan kabinet dan PM!

Sudahlah budak Bukit Tunggal, tak ada dalil tak payahlah berdalih pula!

Sumber :

COMMENTS