Isu Pengerusi MKN Selangor, ini jawapan padu dari MB

Isu Pengerusi MKN Selangor.Soal siapa yang memegang jawatan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor bukan isu penting, sebaliknya usaha mengatasi masalah dan memenuhi keperluan mangsa banjir perlu diutamakan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana ramai lagi mangsa banjir di negeri itu perlu dibantu.

“Tak apalah, saya hendak selesaikan masalah ini (banjir) lepas itu kita bincang siapa hendak jadi pengerusi (Majlis Keselamatan Negara di Selangor), tiada masalah bagi saya,” katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau operasi pembersihan KDEB Waste Management (KDEBWM) Pasca Banjir di Padang Jawa, di sini pada Khamis.

@selangortvTumpu selesai banjir Selangor, bukannya (berebut) jadi Pengerusi MKN Selangor – MB Selangor, Dato’ Seri @amirudinshari. ##BeritadiTikTok ##Banjir2021

♬ original sound – SelangorTV

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam negeri, Ng Sze Han dan Pengarah Urusan KDEBWM, Ramli Mohd Tahir.

Pada Rabu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Tan Sri Noh Omar berkata, beliau masih lagi Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor.

Berikutan itu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang itu menafikan dakwaan Amirudin bahawa jawatan Pengerusi MKN Selangor sudah bertukar tangan.

BACA:

Rekod vaksinasi bakal ditanam dalam kulit manusia melalui mikrocip sebesar beras
Gambar bercerita : Sisi gelap bencana banjir Sri Muda
Bomba akui minta mangsa banjir kekal dikawasan terkandas kerana gagal didekati

CATEGORIES