Isu pemandu mabuk : PN cuma pandai ulang kata-kata Anthony Loke

Isu pemandu mabuk : PN cuma pandai ulang kata-kata Anthony Loke

Tuan Ibrahim Tuan Man dalam responnya tentang kes kematian Koperal Safwan yang dilanggar pemandu mabuk.. Dia kata minta dipinda undang2 dia dikenakan hukum lebih berat.. Manakala Pemuda PAS minta segera dipinda Undang2 merujuk Akta 333..Begitu lunaknya pandangan pemimpin PAS pasal arak….

Kalau hanya menyentuh peningkatan hukuman dalam Akta 333, Pemimpin DAP yang juga mantan Menteri Pengangkutan kerajaan sah pilihan rakyat bukan saja Draf dan cadangan pindaan telah dibentang ke Kabinet.. malah kabinet sudah bersetuju pada sudut prinsip.. Lim Guan eng pun setuju…

Malah dalam kenyataan rasmi Antony Loke pada 29 january 2020.. Cadangan sudah dihantar kepada PDRM, MIROS dan Pejabat Peguam Negara untuk dibincangkan.. Jika tidak kerana ada Kerajaan tebuk Atap..usul pindaan itu mungkin telah dibawa ke Parlimen yang dijadualkan pada MAC 2020…

Apa yang dikatakan Tuan Ibrahim..begitu juga cadangan Wee Ka siong bukan lah perkara baru….depa hanya mengulang kata2 Antony Loke… Malah ia hanya melibatkan Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibawah Akta 333..

Jadi mana pergi cadangan hukuman mati yang pernah dicadangkan PAS sebelum ini,… ? Awat tak cadangkan hukum Qisas.. mana pi Hudud PAS.. kerajaan 95% Melayu Muslim pun takkan takut dengan MCA..Kenapa cadangkan pindaan terhadap Undang2 yang dikatakan Undang2 Penjajah dulu ?..

Wahh , Sebelum ni bila Antony Loke cadangkan pindaan Akta 333 ni, Tuan Ibrahim dan pemimpin PAS bukan main lagi tak puas hati… Hasut orang Islam..Main sentimen Agama dan kaum.. Bukan takat cadangkan hukuman lebih berat..tapi mahu depa dihukum mati..

masa tu pemimpin PAS cadangkan semua punca arak diharamkan..Jangan kata Kilang Arak hatta Kedai jual arak.. masa tu Arak sendiri mahu diharamkan..masa tu bani melayu punya kena hasut..amoi dadi promoter dekat Tesco pun depa serang..walhal dia kerja jer..

Tapi bila pegang kuasa.. Akhirnya takda beza dengan cadangan Antony Loke dan Lim Guan Eng.. akhirnya junjung Undang2 Penjajah.. Lagi teruk..Menteri pengangkutan sendiri cadang pulak kaki mabuk balik daik Grab..Teksi..guna sistem E-hailing..Pemimpin PAS sedikit pun tak bunyi..

Inilah kalau nak tahu wajah pemimpin PAS.. Apa yang depa buat..apa yang depa cakap.. Seperti kata Sheikh said Ramadan Al Bhuti..cuma nak beli hati hati manusia..nak tunjukkan depa lebih Islam..lepas tu hasut rakyat benci Kerajaan kononnya depa lebih Islam dari yang lainnya..

Sama lah dengan Timbalan Menteri Agama hari ini… Sebelum ni punyalah garang…Ketua Polis buat serbuan..Perangi Pusat judi haram..Judi Online.. Dia masih tak puas hati..Dia mahu Judi diharamkan mcm dibuat Tok Guru Nik Aziz..

Bila dia jadi Menteri Agama lagi teruk…last last..dalam Musibah..dalam Dharurat.. Kedai Judi , Toto ,Magnum yang dia sebut nak haramkan..Kedai Judi ni dulu buka dari Masjid.. Kedai Judi bukan Masjid tutup..depa relax jer… 

Ipohmali

Sumber:

COMMENTS