Isu ‘data’ murtad : IG yang padam sendiri, kata anak Zahid

Isu ‘data’ murtad : IG yang padam sendiri, kata anak Zahid

Anak perempuan Presiden Umno, Nurulhidayah Ahmad Zahid, menafikan dia memadam hantaran berkaitan ‘data’ mengenai kadar murtad dalam kalangan orang Islam Malaysia seperti yang sebelum ini dimuat naik di Instagram.

Mendakwa ia berlaku secara automatik, Nurulhidayah berkata, memang penyedia media sosial seperti Instagram itu akan memadamkan hantaran jika menyentuh mengenai isu seperti murtad dan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Sebenarnya bukan saya yang padam, Instagram yang padam.

“Kalau cerita pasal murtad, dan sebut pasal LGBT (lesbian, gay, biseksual, transgender), secara automatik akan dipadam.

“Banyak sebenarnya hantaran-hantaran saya (dipadam). Bukan saya padam, Instagram yang padam,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Dalam hantarannya semalam – dan sempat tular selepas ditangkap layar – Nurulhidayah mendakwa masalah murtad di negara ini begitu serius, lalu menarik perhatian warganet kerana dianggap tidak masuk akal.

Sesetengah mereka juga meminta Nurulhidayah menunjukkan bukti bagi menyokong dakwaannya itu.

Semua ada hikmahnya

“Fakta: Tahukah anda, 9 antara 10 orang Islam telah murtad?” begitu bunyi di permulaan hantaran Nurulhidayah di Instagram yang turut ada menyentuh tentang LGBT.

Bagaimanapun hantaran tersebut tidak lagi dapat ditemukan.

Menjelaskan isu itu, Nurulhidayah memohon maaf atas hantarannya yang diakuinya mengelirukan orang ramai.

“Orang dah salah faham, sebab saya yang buat orang keliru sebenarnya,” katanya lagi.

Menjelaskan lanjut, kata Nurulhidayah, meskipun perangkaan “sembilan antara 10” itu bukanlah merujuk rakyat beragama Islam di Malaysia secara keseluruhannya.

Nurulhidayah juga berkata perangkaan itu bukanlah direka-reka malah dia mempunyai penjelasan mengenai perangkaan tersebut.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/521981