Istihar harta punca PN tolak MoU dengan kerajaan

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Pembangkang telah membuat keputusan untuk menolak Memorandum Persefahaman (MoU)

yang ditawarkan oleh kerajaan berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).

Antara isu yang mencetuskan perdebatan dalam kalangan pemimpin PN adalah ketiadaan jumlah

peruntukan yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut, menyebabkan ia dianggap tidak jelas.

MoU tersebut juga mengandungi syarat bahawa ahli Parlimen pembangkang perlu membuat aku janji

Istihar harta punca PN tolak MoU dengan kerajaan

untuk mengemukakan pengisytiharan harta dalam tempoh 14 hari selepas perjanjian itu ditandatangani.

Selain itu, PN juga diminta untuk mengakui dan mengisytiharkan bahawa Perlembagaan Persekutuan dan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia

adalah berdasarkan prinsip maruah dan kesaksamaan, di mana setiap rakyat Malaysia berperanan dalam mempromosikan dan menggalakkan penghormatan serta pematuhan terhadap hak asasi manusia.

BACA: JAKIM sahkan Roti Ikhwan tiada sijil halal sejak tahun 2017