Isteri sedih tengok suami terpaksa bayar loan majlis kahwin RM40,000. Siapa tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dengan penuh meriah, lebih-lebih lagi perkahwinan itu hanyalah sekali seumur hidup. Namun kos untuk menganjurkan majlis pada hari ini semakin meningkat.
Bagaimanapun ada pasangan yang ‘terpaksa sanggup’ membuat pinjaman bank untuk memastikan ‘majlis raja sehari’ mereka berjaya berlangsung dengan penuh gilang-gemilang buat hadapan tatapan para tetamu.
Baru-baru ini Twitter @ConfessTweetMY berkongsi salah satu mesej sulit diterima dalam inbox mereka mengenai sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin selama 6 bulan sudah ‘hilang seri’ sebagai pasangan baharu berumah tangga.
Menurut wanita itu, dia dan pasangannya lebih banyak bersedih berbanding gembira selepas perkahwinan mereka kerana kedua-duanya perlu berkerja keras membuat dua kerja pada satu-satu masa kerana suaminya ada membuat pinjaman bank bagi memenuhi kehendak ibu bapa pihak wanita yang mahu membuat majlis perkahwinan yang meriah.
“Ibu bapa saya tidak bersetuju kami mahu jemput 100 tetamu sahaja, sebabnya mereka ada ramai kawan-kawan dan saudara-mara yang perlu dijemput. Pada masa sama mereka rasa ragu-ragu sama ada tunang saya mampu jaga saya selepas kahwin nanti hanya kerana majlis mahu dibuat secara kecil-kecilan sahaja.
“Selepas tunang saya tahu mengenai itu, dia ada duduk berbincang dengan ibu bapa saya dan keduanya mahu jemput 1,000 tetamu dan buat majlis di hotel. Suami saya ada membuat pinjaman peribadi berjumlah RM40,000 selepas mengikut saranan ibu bapa saya.
“Sekarang kami struggle nak bayar loan. Selepas balik kerja suami saya terus buat GrabFood. Saya pula jual dropship online tapi sendu je sebab sales kadang-kadang tak ada pun,” luah wanita itu.
Tambahnya lagi, suaminya tidak seceria seperti dahulu. Kini dia lebih banyak berehat tidur apabila sampai di rumah kerana terlalu penat membuat kerja seperti tiada penghujungnya.
Suaminya juga menyatakan cukup menyesal kerana membuat pinjaman untuk majlis perkahwinan mereka. Andaikata dia tidak mengambil pinjaman itu, dia berasa hidupnya lebih aman dan boleh meluangkan masa dengan isteri tercinta.
Perkongsian tangkap layar itu telah mendapat perhatian netizen, ramai menyatakan ibu bapa wanita itu bersikap pentingkan diri sendiri kerana hanya mahu ‘menjaga hati’ tetamu majlis perkahwinan, mereka sanggup membiarkan anak perempuan dan menantu mereka menanggung derita selepas membuat pinjaman.
Nyata orang ramai lagi majlis perkahwinan bukanlah satu majlis reunion untuk menjemput sanak-saudara atau kawan-kawan yang sudah lama tidak berjumpa sehingga sanggup berbelanja di luar kemampuan buat pasangan pengantin.
“Yang penting bernikah. Kalau majlis besar-besaran tapi hutang keliling pinggang, tidak berbaloi,” kata salah seorang pengguna Twitter.
Rata-rata netizen bersependapat bahawa tiada gunanya majlis perkahwinan dibuat dengan penuh meriah untuk memenuhi expectation para tetamu, tetapi pasangan pengantin pula yang terpaksa menangung beban membayar hutang selepas ‘majlis raja sehari’ mereka.
Derita buat loan utk majlis kahwin. Hidup tak bahagia, asyik fikir hutang. pic.twitter.com/JJshVgbQSH
— Emosi (@ConfessTweetMY) November 8, 2022
BACA:
Kecoh satu taman, rumah wanita ini ada 63 bangkai kucing
Jiran tak tahan perangai Amber Heard suka berak merata, “kami mahu dia berambus!”