Isteri rayu rakyat Malaysia doakan Ako Mustapha, terpaksa dikejarkan ke hospital

Isteri rayu rakyat Malaysia doakan Ako Mustapha terpaksa dikejarkan ke hospital

Isteri rayu rakyat Malaysia doakan Ako Mustapha, terpaksa dikejarkan ke hospital. Pelakon Ako Mustapha dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan kini di rawat di bahagian kecemasan.

Hal tersebut dikhabarkan oleh isterinya, Kartina Shuaib menerusi kemas kini terkini yang di kongsikan di akaun Instagram milik Ako.

“Assalamualaikum… mohon doakan suami saya, Ako Mustapha. Sekarang ini dia berada di ruangan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur.

“Semoga dengan doa-doa kalian mempermudahkan segala urusan kami sekeluarga dan diberikan kesembuhan buat suami saya… Amin ya rabbal alamin,” tulisnya.

Bagaimanapun, Tina tidak memperincikan dengan lebih lanjut sebab atau alasan kemasukan Ako di hospital.

Isteri rayu rakyat Malaysia doakan Ako Mustapha, terpaksa dikejarkan ke hospital

Usaha Gempak untuk mendapatkan kenyataan daripada Tina juga tidak berhasil.

Terdahulu pada Februari, Ako menerusi kemas kini Instagram memberitahu yang dia positif COVID-19.

Ako mendirikan rumah tangga dengan Kartina Shuaib pada 17 Januari 2009 dan pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata.

BACA:

‘Food Rider’ mogok hari ini satu Malaysia, jangan pesan makanan

Kerajaan Selangor sedia prasekolah khas percuma untuk anak istimewa B40, M40

Bentara parlimen paling ‘otai’ bersara, khidmat dengan 6 Perdana Menteri

CATEGORIES