Isteri rasa terabai bila dengan suami 24 jam ‘melekat’ dengan telefon dalam jamban pon bawa

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Ketagihan telefon bimbit dalam kalangan orang dewasa bukan sahaja menjejaskan tanggungjawab, tetapi juga boleh meruntuhkan keharmonian rumah tangga.

Seorang isteri berkongsi kisah pilunya apabila suaminya lebih setia kepada telefon berbanding keluarga.

Perkongsian itu mencuri perhatian ramai, terutama wanita yang turut mengalami situasi serupa.

“Telefon Jadi ‘Teman Istimewa’ Suami”

Menurut wanita tersebut, suaminya hanya meluangkan masa sejam sahaja bersama dua anak mereka setiap hari, meskipun mereka tinggal serumah.

Isteri rasa terabai bila dengan suami 24 jam ‘melekat’ dengan telefon dalam jamban pon bawa

“Laki aku asyik dengan telefon siang malam. Balik kerja terus tengok telefon, waktu makan pun sambil tengok ‘movie’. Anak-anak cuma dapat sejam perhatian, itu pun tak sepenuh hati.

“Aku dah cuba tegur banyak kali, tapi dia berubah sekejap sahaja. Lepas tu, kembali leka dengan telefonnya,” luah wanita itu dengan penuh kecewa.

Respon Netizen: Tegur Dengan Kasih Sayang
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi, dengan ramai memberikan pandangan dan pengalaman masing-masing. Ada yang mencadangkan pendekatan penuh kasih sayang untuk menyedarkan pasangan.

“Lepas solat, salam suami dan cakap elok-elok sambil menangis. Insya-Allah dia akan cair,” kata seorang netizen.

Yang lain pula mengingatkan kesan jangka panjang sikap sebegitu. “Kalau diteruskan, dia akan menyesal bila anak-anak besar nanti dan tidak pedulikan dia pula,” komen seorang pengguna.

“Telefon Ibarat Ketagihan Moden”

Tidak dinafikan, telefon bimbit kini menjadi salah satu penyebab utama masalah komunikasi dalam keluarga. Ramai mengaku mereka sendiri sukar melepaskan ‘gajet’ itu.

Namun, hubungan keluarga memerlukan usaha dan keutamaan. Suami, isteri, dan ibu bapa harus sedar, waktu berkualiti bersama keluarga adalah aset paling berharga yang tidak boleh dibeli semula.

Adakah anda juga mengalami situasi sama? Mungkin tiba masanya untuk berbincang hati ke hati dengan pasangan. Kadangkala, teguran kecil dengan cara yang betul mampu membawa perubahan besar.

Telefon bimbit hanya alat, jangan biar ia merosakkan hubungan kekeluargaan.

BACA: Dari sewa rumah ke jutawan, ini kisah rakyat Malaysia yang berjaya ubah nasib hidup raih kekayaan yang tak disangka