Isteri pilot akhirnya dedah ‘penyondol’“6 kali dah curang, kantoi sebab gambar tak sempat padam”

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Siapa sahaja tidak merasa sakitnya dicurangi oleh pasangan yang dipercayai malah sudah sanggup mengorbankan diri demi menjadi teman hidup.

Tapi biasalah bila kerja selalu ‘travel’ ke sana dan sini maka bermulah episod mencari orang lebih dekat untuk mengubati kesunyian diri.

Seorang wanita dari Indonesia tidak menyangka suami yang disangka akan berubah selepas kantoi curang untuk tak menyesali langsung tindakannya.

Isteri pilot akhirnya dedah ‘penyondol’“6 kali dah curang, kantoi sebab gambar tak sempat padam”

Menerusi Instagram, Ira Nandha berkongsi tangkap layar perbualan suami dengan wanita yang sudah enam kali kantoi berhubungan.

“Maaf semua, saya sebenarnya tak suka melakukan hal ini tapi saya dah tak boleh tahan lagi.

“Enam kali kantoi, lima kali dengan orang sama, sekali dengan orang berbeza. Dari awal bernikah sudah curang dengan orang sama tapi aku diam.

“Aku berjaya bertahan selama empat tahun dengan memendam rasa, tapi kali ini aku tak nak sakit seorang diri, kita rasa sama-sama,” ujarnya dalam hantaran di Instagram.

Malah tangkap layar dikongsikan menunjukkan wanita itu menghantar gambar seksinya malah dllihat hubungan tersebut sudah seperti suami isteri.

Malah wanita itu sempat bertanya mengenai kondom yang tertinggal dan lelaki tersebut meminta gambar pramugari dalam baju dalam yang dibelinya.

Rata-rata netizen jijik melihat kelakuan dan perbualan mereka yang dilihat sangat tidak menjaga hati isteri yang sah.

Baca juga:Amir Ahnaf bimbang reaksi ibu bapa bila dia lakonkan babak panas