Isteri orang kesepian bercinta dengan 300 lelaki, raih RM 250k dari semua teman lelakinya

Oleh INFORAKYAT

Isteri orang kesepian bercinta dengan 300 lelaki, raih RM 250k dari semua teman lelakinya. Mengisi rasa kesepian kerana suaminya terlalu sibuk bekerja,

seorang wanita di wilayah Jiangsu, Beijing, China mengambil kesempatan bermain kayu tiga dengan 300 orang lelaki.

Memetik laporan Kompas, wanita yang dikenali sebagai Zhang itu sebenarnya sudah memiliki dua cahaya mata.

Namun, disebabkan kemurungan dia mencari jalan untuk mengisi kesunyian itu dengan mencari kekasih gelap di media sosial.

Isteri orang kesepian bercinta dengan 300 lelaki, raih RM 250k dari semua teman lelakinya

Perbuatannya menduakan suaminya itu bermula sejak 2017 lagi. Ia terjadi apabila dia membuka akaun palsu di media sosial dengan nama Zhou Mo dan meletakkan status sebagai ibu tunggal untuk menarik perhatian lelaki.

Kelebihan Zhang apabila dia bijak menggoda dan akan mendapat teman lelaki biarpun tanpa mendedahkan wajah sebenar.

Dikatakan Zhang pernah bercinta dengan lebih daripada seorang lelaki dalam satu masa.

Zhang turut mengambil kesempatan untuk menipu lelaki yang dikenalinya dengan meminjam wang daripada mereka dengan cara meraih simpati.

Antara alasan yang diberikan Zhang ialah memerlukan wang untuk membayar rumah sewa, membiayai kos rawatan perubatan dan menguruskan anaknya.

Hasilnya, Zhang berjaya meraih sekitar 400,000 yuan (RM249,000) daripada semua teman lelakinya itu.

Taktik Zhang terbongkar pada Ogos tahun lalu selepas salah seorang daripada teman lelakinya memeriksa latar belakangnya dan membuat laporan kepada pihak berkuasa setelah mendapati dirinya tertipu.

Sebulan kemudian Zhang ditangkap dan mengaku membelanjakan sebahagian wang untuk berjudi secara dalam talian.

Sepanjang tempoh dua tahun itu juga, suami dan anak-anaknya tidak tahu apa yang dilakukannya.

 

Namun selepas penipuan isterinya terbongkar, suaminya terkejut tetapi pada masa sama gembira.

Zhang akhirnya dihadapkan ke mahkamah pada Ogos lalu dan dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun lima bulan dan didenda sebanyak 40,000 yuan (kira-kira RM25,000).

BACA:

Misteri ‘kubur berdarah’ menimbulkan keresahan penduduk di Kedah

Jalaluddin Hassan meninggal dunia, rebah selepas tunai umrah