Isteri minta cerai kerana suami suka pasang ‘aircond’ ini sebabnya

Oleh INFORAKYAT

Seorang wanita di Indonesia mengundang kecaman pengguna media sosial selepas memfailkan perceraian

kerana suaminya kerap memasang penyaman udara semasa tidur, lapor portal berita Suara.com semalam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @yyaaa0807, wanita itu

ditemani rakannya di Mahkamah Agama, Kandangan, wilayah Kalimantan Selatan untuk memfailkan perceraian.

“Rakan saya mahu bercerai gara-gara suaminya gemar memasang ‘aircond’ sebelum tidur

Isteri minta cerai kerana suami suka pasang ‘aircond’ ini sebabnya

dan dia tidak boleh tidur tanpa penyaman udara,” demikian menurut keterangan vide tersebut.

Perbuatan itu tidak dapat diterima oleh si isteri, menyebabkan wanita tersebut nekad untuk bercerai.

Rakaman itu meraih lebih 375,000 tontonan dan menimbulkan kekecohan di ruangan komen.

“Belilah selimut yang tebal!” marah seorang netizen.

“Sangat kelakar,” sindir netizen lain.

BACA: Menipu dan tunggang nama arwah, anak bekas Adun Mahkota sekolahkan Annuar Musa