Isteri kecil hati suami tak layan ambil gambar, tapi dengan adik-beradik sendiri laju dia ‘offer’

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Setiap wanita yang bergelar isteri mengharapkan kasih sayang dan perhatian suami, walau sekecil mana pun tindakan mereka.

Namun, apabila perhatian itu lebih diberikan kepada orang lain, ia mampu mengundang rasa kecil hati.

Dalam satu perkongsian di laman sosial, seorang wanita meluahkan rasa kecewa terhadap sikap suaminya yang lebih mengutamakan adik-beradik berbanding dirinya sebagai isteri.

“Suami saya susah sangat nak ambilkan gambar kalau dengan saya, tapi kalau dengan adik-beradik atau anak, dia pula yang tawarkan diri untuk snap gambar.

“Kami bercuti bersama, tapi dia tak bercakap dengan saya. Bila saya tanya, dia tak jawab.

Isteri kecil hati suami tak layan ambil gambar, tapi dengan adik-beradik sendiri laju dia ‘offer’

Lebih fokus pada anak. Lama-lama saya duduk tepi, perhatikan keluarga lain senang saja ambil gambar bersama. Tapi gambar saya? Susah betul nak ada orang tolong ambilkan.

“Paling kecil hati, saya nampak suami tolong ambil gambar adik ipar, kakak ipar, dan anak-anak sekali. Rasa macam tak dihargai langsung,” luah wanita itu.

Rasa Terpinggir dan Tidak Diutamakan

Wanita tersebut juga berkongsi pengalaman lebih pedih apabila suaminya menegur dia bermain telefon, walhal ketika itu dia berasa terpinggir.

“Dia marah-marah tanya kenapa saya main telefon. Macam mana saya tak main telefon, dia hanya jalan dengan anak saja. Kalau suruh ambil gambar pun dia cakap, ‘kejaplah tengah main dengan anak’. Tapi kalau dengan adik-beradik, boleh saja dia layankan.

“Saya luahkan rasa hati, tapi jawapan dia lagi buat saya sedih. Katanya, tak ada orang nak ambilkan gambar pun nak terasa,” jelasnya.

Netizen Tumpang Simpati
Perkongsian ini mendapat perhatian ramai yang turut berkongsi pengalaman serupa.

“Orang lelaki ni bukan suka disuruh-suruh, nanti dia rimas. Dia tak ambil gambar kita, kita pun tak payah ambil gambar dia,” komen seorang pengguna.

“Suami saya pun sama, kurang suka ambil gambar. Kadang terasa hati, tapi malas nak panjang-panjangkan sebab benda remeh,” kata seorang lagi.

Ada juga yang mencadangkan penyelesaian:
“Kalau suami tak nak ambil gambar, selfie saja. Atau minta orang lain tolong. Kadang-kadang lelaki tak sensitif sebab mereka anggap kita dah selesa.”

Kisah ini menjadi peringatan kepada pasangan suami isteri untuk saling memahami keperluan emosi masing-masing. Kadangkala, perhatian kecil mampu membuatkan hati pasangan berbunga-bunga.

BACA: Khabib Nurmagomedov dihalau dari pesawat kerana masalah ini