Isteri jadi ‘modal’, tukang sapu jual dan sebar konten swinger dipenjara 2 tahun

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Seorang tukang sapu yang terlibat dalam penjualan dan penyebaran kandungan swinger isteri di media sosial

Dari Januari hingga Februari lalu telah dijatuhkan denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen di Alor Setar atas empat pertuduhan.

Menurut laporan Bernama, kandungan lucah yang disebarkan itu memaparkan kegiatan seks berkumpulan dan pertukaran pasangan, atau lebih dikenali sebagai swinger.

Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Hakim Mazdi Abdul Hamid selepas tertuduh, Kamarulnazri Desa @ Yahaya, 45, mengaku bersalah.

Kamarulnazri didakwa menggunakan aplikasi X dengan nama pengguna “@Ayie_Noryn2016” untuk membuat dan menyebarkan video lucah

Isteri jadi ‘modal’, tukang sapu jual dan sebar konten swinger dipenjara 2 tahun

Dengan niat menyakitkan hati orang lain pada 26 Januari dan 4 Februari lalu, mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Selain itu, Kamarulnazri juga didakwa menggunakan aplikasi yang sama untuk menghantar video lucah melalui pautan aplikasi Telegram dengan tujuan mengkomersialkannya pada 8 Februari dan 17 Februari lalu, mengikut Seksyen 233 (2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semua kandungan tersebut telah diperiksa di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Jitra pada 20 Februari lalu, antara pukul 11.10 hingga 11.30 pagi.

Tertuduh menggunakan isterinya sebagai “modal” untuk mempromosikan dan menjual kandungan swinger.

Sehubungan dengan itu, tertuduh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000, atau kedua-duanya.

Dalam rayuannya, Kamarulnazri memohon agar dikenakan hukuman ringan, memandangkan beliau hanya bekerja sebagai pekerja am pembersihan dengan pendapatan RM1,500 sebulan. Selain itu, beliau turut menyara isteri dan empat anak, termasuk dua yang masih menuntut di universiti, serta menjaga nenek yang uzur.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan meminta agar hukuman berat dikenakan, memandangkan tindakan tertuduh memuat naik klip video yang mempromosikan kegiatan seks berkumpulan, termasuk video yang memaparkan hubungan intim isterinya bersama lelaki lain yang disaksikan oleh tertuduh.

Pendakwaan turut menekankan bahawa hukuman yang berat perlu dijatuhkan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan pihak lain yang terlibat, bagi mencegah aktiviti seks bebas ini daripada berleluasa, terutama jika kandungan tersebut diakses oleh kanak-kanak.

Hakim kemudian memutuskan untuk mengenakan denda RM80,000 atau penjara dua tahun sekiranya tertuduh gagal membayar denda tersebut.

Difahamkan, tertuduh tidak dapat membayar denda dan akan menjalani hukuman penjara selama dua tahun (enam bulan bagi setiap pertuduhan).

BACA: ‘Patutlah abang tadi geleng kepala kuat-kuat’, lelaki kongsi detik cemas hampir jadi keldai dadah