Isteri Dato Aliff Syukri dedah suami buat ‘onar’ di belakang dia, sekali Mama Rozita buka mulut

Oleh INFORAKYAT

Isteri Dato Aliff Syukri dedah suami buat ‘onar’ di belakang dia, sekali Mama Rozita buka mulut.

Sebut sahaja nama usahawan terkenal ini, pasti ramai yang lebih mengenalinya disebabkan tingkah lakunya yang begitu berseloroh sehingga sering menuai kecaman para netizen.

Apa sahaja yang dilakukan oleh dirinya pasti mendapat maklum balas yang kurang memuaskan serta negatif!

Isteri Dato Aliff Syukri dedah suami buat 'onar' di belakang dia, sekali Mama Rozita buka mulut

Terbaharu, isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida memaklumkan dia redha atas ujian yang menimpa dirinya sehingga menggelarkan dia merupakan insan terpilih kerana sering menjadi tumpuan keceman disebabkan pe’el suaminya itu.

Menerusi video di laman TikTok, baru-baru ini ibu kepada Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim memuat naik sebuah video yang memaparkan menantunya, Datin Seri Nur Shahida mengadu bahawa suaminya sering buat hal ketika menjelang raya.

@ibondarozitaibrahim Jumpa Ida @Nur Shahida Mohd Rashid Mengadu hal@Dherbs Terlajak Laris kri buat hal nak raya . 😞😒😫 #ibondarozitaibrahim #rumahhutanbondarozita ♬ Funny – Gold-Tiger

Kata Shahida, Aliff bakal melancarkan sebuah lagu raya lagi dan meminta kepada ibu mentuanya itu untuk bersedia menerima tempias.

“Mak bersedia ya dengan kecaman netizen. Saya dah reda… lagu raya bakal dilancarkan. Lagu cak apatah lagu dia. Saya tak ikut tapi saya tahulah mak setiap kali buat lagu raya ada isu. Kita reda ja lah ye, kita insan terpilih” kata Datin Shahida

Kongsinya lagi, Shahida sempat berseloroh menyatakan bahawa dia hanya mengendahkan keinginan suaminya itu kerana sedang hamil dan risau meroyan.

Hal yang demikian kerana dia mengetahui bahawa lagu yang bakal diterbitkan itu pasti meraih kecaman ramai sehingga kadangkala boleh mengganggu emosi seseorang apatah lagi dirinya sedang sarat mengandung ketika ini.

Bukan itu sahaja, harus diingatkan bahawa ibu yang sedang hamil harus hindar daripada sebarang tekanan buruk yang boleh menganggu kesihatan mental dan fizikal.

Ini kerana ianya memberi kesan kepada sang bayi. Menurut sumber, beberapa kajian mendapati bahawa peningkatan kortisol ibu (hormon stres) boleh menyebabkan kehamilan lebih pendek dan mungkin mempengaruhi perkembangan bayi.

“Saya akan tutup Instagram saya. Jangan tengok selama tiga minggu. Takut dalam pantang meroyan,” gurau Shahida.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan aduan Shahida dan menyatakan bahawa warganet juga insan terpilih untuk reda dengan perangai Aliff Syukri.

Tahun lalu, Aliff Syukri menghasilkan sebuah lagu raya berjudul ‘Kelepok Raya’, namun menerima pelbagai kecaman dan kritikan apabila muzik video lagu tersebut didakwa mempunyai unsur LGBT.

Bukan itu sahaja, pakaian penari-penari itu turut dikecam orang ramai kerana tidak bersesuaian dengan imej masing-masing yang mengenakan songkok di dalam video berkenaan.

Tahun ini apa pula agaknya kelainan yang bakal ditampilkan, untuk mengetahui lebih lanjut nantikan pemakluman menerusi instagram milik usahawan terbabit.

BACA:

Rupanya Mydin mula berniaga dengan kedai papan je! Ini sejarah Mydin buat korang rasa nak tahu

Pulau Natuna adalah milik Indonesia tapi jaraknya dekat dengan Malaysia, ini kisah bagaimana pulau ini hilang dari Malaysia