Isteri bekerja di Malaysia tiba-tiba minta cerai, suami bengang nekah robohkan rumah

Isteri bekerja di Malaysia tiba-tiba minta cerai, suami bengang nekah robohkan rumah. Masalah rumah tangga dikatakan menjadi punca kejadian perobohan kediaman di Desa Pengkolan, Kauman di Ponorogo, Jawa Timur tersebut.

Rumah milik pasangan dikenali sebagai H, 35, dan NW, 32, itu dirobohkan kerana perselisihan berlaku antara mereka.

Jurucakap pihak berkuasa memaklumkan, lelaki tersebut yang bekerja di Korea menuduh isterinya curang hingga hamil sewaktu ketiadaannya.

Isteri bekerja di Malaysia tiba-tiba minta cerai, suami bengang nekah robohkan rumah

“Rumah tersebut dibina hasil titik peluh H. Dia mungkin terlalu marah hingga nekad berbuat demikian,” ujarnya.

Kejadian perobohan rumah pasangan itu turut mendapat perhatian dan dirakamkan penduduk setempat.

Pada Januari lalu, kejadian sama pernah dilaporkan di Kecamatan Watulimo, Trenggalek, Jawa Timur.

 

Punca tindakan merobohkan rumah itu dibuat selepas wanita dikenali sebagai SE yang bekerja di Malaysia selama kira-kira 10 tahun meminta cerai secara tiba-tiba selepas kembali ke kampung halamannya.

BACA:

“Ada makcik cakap balik-balik makan ini, takleh telan dah, esok betul dia takleh telan makanan”, mutawif kongsi kisah di Mekah

Doktor bagi amaran keras jangan biar benda ini dalam kereta kalau tak nak merana