Isteri Aaron Aziz borong pokok baru, “patutlah mesej i love u tiba-tiba”

Isteri Aaron Aziz borong pokok baru, “patutlah mesej i love u tiba-tiba”. Bagi segelintir orang, mempunyai banyak pokok bunga mungkin membuatkan rumah nampak serabut apalagi perlu bersihkan daun kering dan disiram setiap hari.

Namun khusus untuk para wanita, terkadang tumbuhan itu menjadi terapi dan teman ‘berborak’ pada waktu petang.

Berapa kos pun sanggup dihabiskan lebih-lebih lagi buat penggemar tanaman hiasan eksotik persis isteri kepada Aaron Aziz ini.

Isteri Aaron Aziz borong pokok baru, "patutlah mesej i love u tiba-tiba"

Boleh buat pisang goreng ke dengan pokok colour ni? Tak balik modal

Melalui Instagram pelakon kacak itu, seminggu lalu orang rumahnya Diyana Halik dikatakan menghantar sebuah mesej dengan ayat-ayat manis seperti “I Love You” dan juga “I Miss You“.

Siapa menduga di sebalik perbualan romantis itu, rupanya-rupanya wanita berkenaan didapati membeli beberapa pokok pisang baru termasuklah species Ice Cream Variegated di mana daunnya sahaja sudah cukup berbeza dengan jenis biasa.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Isteri Aaron Aziz borong pokok baru, "patutlah mesej i love u tiba-tiba"

Bila kita bagi salam, rasa macam dia jawab salam balik…What’s wrong with me?

Melalui tinjauan ke Instagram Puan Diyana sendiri, dia mempunyai pelbagai koleksi pokok bunga yang begitu indah sekali di taman kecilnya. Daripada bermacam saiz sampailah kepada yang berwarna unik, semua tumbuhan itu ibarat sudah dijaga dan dimanjakan menjadi ‘anak-anak’ sendiri.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Diyana Halik (@diyanahalik)

Abang kena reda denga taktik perempuan…Dia nak buat balut nasi lemak baru husband selera makan

Melalui ruangan komen, ramai yang begitu faham dengan situasi dihadapi oleh pelakon ini sebagai suami kepada seseorang penggemar pokok bunga. Ada juga yang sempat berseloroh Puan Diyana bakal memasak nasi lemak istimewa yang dibalut dengan daun pisang rare tersebut.

Kredit : Instagram Aaron Aziz & Diyana Halik

Tonton:

Baca:

Kisah gadis cantik suka pakai tudung walaupun bukan islam tarik perhatian…

Ibu Gajah ini panik kejut anak tak bangun, ‘panggil’ penjaga Zoo tolong

Keladi ini berharga RM200,000 sepokok, boleh beli rumah sebiji!

CATEGORIES