Istana Negara sahkan tiada ahli dewan rakyat dapat majoriti jadi PM

Istana Negara sahkan tiada ahli dewan rakyat dapat majoriti jadi PM

Istana Negara sahkan tiada ahli dewan rakyat dapat majoriti jadi PM. Adalah dimaklumkan bahawa Istana Negara hari ini telah menerima pemakluman berkenaan gabungan parti-parti politik pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi pembentukan kerajaan baharu daripada ketua parti-parti dan ketua gabungan parti-parti politik yang mempunyai jumiah kerusi Parlimen yang banyak susulan daripada keputusan PRU15.

Bersama dengan pemakluman terseb&t. ketua parti-parti politik dan ketua gabungan parti-parti politik berkenaan turt mengemukakan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke- 10 kepada Istana Negara sepertimana yang telah diminta dengan kerjasama Yang di-Pertua Dewan Rakyat YBhg.
Tan Sri Azhar Azizan Harun pada 20 November 2022.

Lanjutan daripada penerimaan pencalonan nama Perdana Menteri tersebut. proses pengesahan calon Perdana Menteri yang memperoleh kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat telah dilaksanakan ole KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa
Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Proses ini adalah bertujuan supaya Seri Paduka Baginda dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43[2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Kendatipun begitu, setelah dipersembahkan hasil pengesahan calon-calon Perdana Menteri, adalah didapati bahawa tada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara yang tersebut di atas.

Istana Negara sahkan tiada ahli dewan rakyat dapat majoriti jadi PM

Memandangkan tada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah, maka Seri Paduka Baginda menitah perkenan untuk ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional menghadap pada jam 4.30 petang ini di Istana Negara.

Seri Paduka Baginda menyer dan menasihati seluruh rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 selesai.

Seri Paduka Baginda mengajak rakyat bersama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah.

Dato’ Seri Ahmad Fadil Shamsuddin
Datuk Pengelola Bijaya Diraja
Istana Negara

BACA:

Nekad hantar ayam atas gunung

Nur Jazlan gesa ahli parlimen langgar arahan parti patut letak jawatan, bukan Zahid

DAP setuju MB Pahang dari Umno

CATEGORIES