Ireland, Norway, dan Sepanyol telah mengumumkan secara bersama bahawa mereka akan mengiktiraf negara Palestin secara rasmi mulai 28 Mei.
Sepanyol dan Ireland berkata keputusan itu bukan kerana mereka menentang Isr**l
Mahupun memihak kepada Ham*s, sebaliknya menyokong keamanan di negara tersebut.
Isr**l bertindak balas terhadap pengumuman itu dengan marah.
Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengecam tindakan Ireland, Norway dan Sepanyol yang akan “menguntungkan keganasan” dan berkata ia tidak akan membawa keamanan.
Menteri Luar I*r*el Katz berkata beliau mengarahkan pemulangan segera duta Isr**l ke ketiga-tiga negara itu.
Isu kedaulatan negara Palestin telah meresahkan ramai masyarakat antarabangsa selama beberapa dekad.
Sejak serangan 7 Oktober, Perdana Menteri Isr*l, Benjamin Netanyahu telah menggandakan bantahannya terhadap rancangan sedemikian, dengan mengatakan penubuhan negara Palestin akan menjejaskan keselamatan Isr*l.