Ira Kazar kini jadi ‘penasihat’ kecantikan ramai tak tahu

Oleh DAHLIA MARZUKI

Ira Kazar, anak kepada pelakon senior Kazar Saisi kini dikatakan lebih bersikap terbuka di dalam laman sosialnya.

Ia berikutan Ira kini kerap berkongsi beberapa tips kecantikan dan penjagaan kulit kepada pengikutnya.

Mengikut pemilik nama sebenar Faghira Fatini Kazaruddin, dirinya juga pernah melalui situasi yang sama

apabila berdepan kulit ‘breakout’ sebanyak dua kali.

“Saya pernah breakout dua kali, proses nak sembuh dari breakout itu mengambil masa yang agak lama.”

Ira Kazar kini jadi ‘penasihat’ kecantikan ramai tak tahu

“Ketika itu saya rasa sangat stress dan ‘frustating’, tetapi saya belajar sesuatu ketika muka breakout.”

“Satu perkara yang semua perlu tahu, kalau muka breakout perlu kembali kepada basic skincare iaitu cleanser, moisturizer dan sun screen. Itu sahaja, cukup.”

Ditanya mengenai penjagaan lingkaran gelap bawah mata atau ‘dark circle’, bekas isteri kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof turut menyatakan dirinya juga melalui perkara yang sama.

“Apa yang boleh saya kongsi, pergilah buat facial yang boleh kurangkan dark circle. Saya punya dark circle sangat ketara.“

Baca juga: Netizen terharu pemuda Palestin buat mural khas sempena kemerdekaan Malaysia