Iqbal pertahan Tokti, luah rasa kecewa suka jatuhkan bangsa sendiri

Iqbal pertahan Tokti luah rasa kecewa suka jatuhkan bangsa sendiri

Iqbal pertahan Tokti, luah rasa kecewa suka jatuhkan bangsa sendiri. Beberapa hari yang lalu, selebriti tersohor Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin berkongsi impian mahu bernyanyi bersama Adele ketika pergi menonton konsert penyanyi terkenal antarabangsa tersebut.

“Saya harap Adele panggil saya,”luahnya.

Walau bagaimanapun, hasrat figura itu dikritik oleh segelintir warganet di ruangan komen sebuah portal tempatan seolah-olah menggambarkan mereka tidak memberikan sokongan selain meminta Siti untuk berpijak pada bumi yang nyata.

Kesal dengan sikap segelintir warganet, penyanyi dan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli tampil menyuarakan pandangannya.

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan di InstaStory, penyanyi berusia 28 tahun itu meluahkan rasa tidak puas hati apabila sesetengah netizen memandang remeh dengan impian ikon nombor satu negara meskipun penyanyi tersebut dipandang tinggi di Asia.

Iqbal pertahan Tokti, luah rasa kecewa suka jatuhkan bangsa sendiri

Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli mengatakan dari komen yang ditinggalkan oleh warganet jelas menunjukkan bahawa orang kita seringkali menjatuhkan bangsa sendiri.

“Di sini, kita nampak komen orang-orang kita, sering menjatuhkan bangsa sendiri. Meskipun orang yang dibanggakan seluruh Asia, tetapi kita memperkecilkan orang kita sendiri.”tulis Iqbal.

Apa yang lebih mengecewakan apabila komennya mengenai isu penyanyi ‘BBNU’ Indonesia turut dikritik oleh warganet. Iqbal berkata, tujuannya meninggalkan komen tersebut hanyalah sekadar cadangan penambahbaikan seperti memberikan sokongan.

Jelasnya lagi, setiap hari merupakan proses pembelajaran dan kita seharusnya memberikan teguran yang membina dan bukannya menjatuhkan semangat seseorang daripada terus berjaya.

BACA:

“Buang je lah title daie tu”, Daie Syed dikecam selepas buat video dengan Anna

Sumber PMO dedah PRU November ini

“Orang Kelantan dah boleh tengok Mat Kilau di TV”, Syamsul umum akan ditayang di Netflix

CATEGORIES