Iqbal menangis sebelum tidur fikir soal jodoh selepas putus dengan Vida. SEJAK hubungan cinta dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida kecundang ditengah jalan, sehingga kini Iqbal Zulkefli masih belum mempunyai pengganti.
Iqbal yang juga usahawan sensai itu menerusi laman Instastory miliknya mendedahkan perkara itu sebagai menjawab pertanyaan netizen yang ingin mengetahui statusnya terkini.
“Jujur akak nak tahu, Iqbal dah ada girfriend atau seseorang yang istimewa di hati? Jawab dengan jujur,” tanya netizen.
Menurut Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli, mendapatkan pasangan hidup yang boleh menerima kekurangan serta susah senang bersama tidak semudah disangka.
Malah kata bekas peserta program Big Stage 2022 itu, ada masa air matanya mengalir memikirkan soal jodoh yang belum tiba sebelum tidur.
Kadang-kadang saya menitis air mata di tengah malam.
IQBAL ZULKEFLI
USAHAWAN
“Belum (kekasih). Kadang-kadang saya stres fikir tentang jodoh. Saya boleh beli apa sahaja yang saya mahu tetapi pasangan hidup, ia tak semudah itu.
“Menemui orang yang jujur, sanggup susah senang dan boleh terima segala kekurangan, ia tidak mudah. Tak semudah orang ramai bertanya ‘Iqbal bila nak kawin? Iqbal dah ada semua kenapa tak kawin? Iqbal, kawin sajalah’.
“Kadang-kadang saya menitis air mata di tengah malam. Tolong doakan saya ya,” kata Iqbal.
Sebelum ini, usahawan berusia 28 tahun itu pernah merancang untuk meminang Vida atau DSV pada tahun lalu namun hubungan mereka berakhir disebabkan konflik yang berlaku.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Hujan ini juga menjawab persoalan netizen yang ingin melihat gambarnya ketika zaman kanak-kanak.
“Ini gambar saya. Ketika lahir, kulit saya betul-betul gelap seperti orang India. Sampaikan orang fikir ibu saya bela anak angkat. Berganjak usia tiga tahun terus berubah muka macam cina.
“Sebelah ayah saya ada arab, pakistan, india… entahlah. Saya pun pening. Apa yang penting saya sihat,” kata Iqbal.
BACA:
Timbalan Menteri dari Umno gesa Ismail Sabri pecat Tengku Zafrul
Buat bising dalam surau, pakcik tolak budak sampai jatuh tergolek buat netizen bengang
Lelaki dedah perangai sebenar B40 menyewa di apartment, ada yang sampai bela ayam
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio