Insaflah !! Ini punca ramai suka ikut trend diet di TikTok

Oleh DAHLIA MARZUKI

Satu kajian terbaru mendapati bahawa 57% pengguna TikTok dalam kalangan generasi Milenial dan Gen Z mengakui mereka sering terpengaruh dengan trend pemakanan yang popular di platform tersebut.

Namun, mengejutkan, hanya sekitar 2% daripada kandungan pemakanan di TikTok yang sebenarnya tepat mengikut garis panduan kesihatan awam dan pemakanan.

Kajian ini dijalankan oleh MyFitnessPal bersama Universiti Dublin City, yang menyatakan bahawa kebanyakan trend pemakanan di TikTok tidak selari dengan prinsip kesihatan awam.

Sebanyak 2,000 pengguna TikTok dari kalangan Milenial dan Gen Z terlibat dalam kajian ini, dan hasilnya menunjukkan bahawa 57% responden mengaku terpengaruh atau sering mengikuti trend pemakanan di platform tersebut.

Lebih menarik lagi, 67% daripada mereka mengakui mencuba sekurang-kurangnya satu trend viral setiap minggu.

Insaflah !! Ini punca ramai suka ikut trend diet di TikTok

Namun, yang lebih membimbangkan adalah fakta bahawa 30% daripada mereka mencuba trend pemakanan meskipun tahu risiko kesihatan yang mungkin timbul, dan 31% melaporkan mengalami kesan buruk akibat mengikuti diet tertentu.

Analisis kecerdasan buatan terhadap lebih 67,000 video pemakanan di TikTok mendapati hanya 2.1% kandungan yang tepat, mengikut garis panduan kesihatan yang diselaraskan. Sebanyak 97.9% daripada kandungan tersebut didapati tidak tepat, hanya sebahagian yang benar, atau tidak pasti kerana kekurangan bukti saintifik yang sahih.

Pakar pemakanan Amy Goldsmith, pengasas Kindred Nutrition, menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai keperluan pemakanan yang berbeza.

Mengikuti trend pemakanan yang tidak sesuai boleh menyebabkan kekurangan nutrien, yang akhirnya memberi kesan negatif pada mood, fokus, dan kecergasan mental. Walaupun generasi Z lebih cenderung mempercayai pakar diet bertauliah, mereka tetap memilih mengikuti nasihat dari individu yang tidak berkelayakan.

“Penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai keburukan mengikuti trend pemakanan yang tidak berasas dan kesan buruk yang mungkin timbul,” kata pakar diet Emily Van Eck.

Influence TikTok yang semakin meluas tidak terhad kepada pemakanan sahaja. Kajian PEW 2023 menunjukkan bahawa bilangan orang dewasa di Amerika Syarikat yang mendapatkan berita melalui TikTok meningkat empat kali ganda dalam tiga tahun, dari 3% pada 2020 kepada 14% pada 2023.

Kajian ini menekankan betapa pentingnya kesedaran akan maklumat yang tepat dan berasaskan bukti, terutamanya di media sosial yang semakin mendominasi.

BACA: Ini 8 cara mujarab halau tikus dari rumah, tapi no.5 tu ramai malas buat