Inilah punca sebenar gadis 15 tahun terjun sungai

Inilah punca sebenar gadis 15 tahun terjun sungai

Tertekan akibat masalah keluarga dipercayai punca seorang gadis berusia 15 tahun cuba membunuh diri dengan terjun dari jambatan Sungai Sembulan, hari ini.

Bagaimanapun, gadis berkenaan berjaya diselamatkan anggota bomba selepas mendapat maklumat awam.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sembulan yang tiba di lokasi kejadian cuba memujuknya hampir lima minit, namun usaha itu gagal dan gadis berkenaan nekad terjun ke sungai.

Dia kemudian diselamatkan anggota bomba yang sudah bersedia dalam sungai.

Pegawai Operasi BBP Kota Kinabalu Jamaludin Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.46 tengah hari berhubung kejadian itu.

“Seramai 15 anggota dengan sebuah jentera, EMRS (Pasukan Khas Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan) dan dua kenderaan utiliti terlibat dalam operasi itu,” katanya.

Beliau berkata, anggota bomba kemudian memujuk gadis berkenaan yang berdiri pada besi saluran paip dan satu lagi pasukan bersedia dalam sungai.

“Selepas hampir lima minit memujuk, gadis itu terjun menyebabkan pasukan bomba yang berada dalam sungai terus menyelamatkannya. Gadis itu kemudian dibawa ke daratan dan ditenangkan serta diberi rawatan,”katanya.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/25/masalah-keluarga-punca-gadis-15-tahun-terjun-ke-sungai/

COMMENTS