Inilah punca kecelakaan dalam sistem PdPR kita, luah bapa yang kecewa

Inilah punca kecelakaan dalam sistem PdPR kita, luah bapa yang kecewa

Banyak kali dah saya ratibkan, COVID-19 ini bukannya baru semalam ada. Rancak kita salahkan KPM, cikgu, ibu bapa, murid, majikan, para pekerja et-cetera et-cetera. Tapi sedar atau tidak, kita langsung tak menyentuh masalah sebenar, punca segala kecelakaan ini. Apa masalahnya?

Internet.

Cikgu tak dapat mengajar dengan betul kerana, tiada internet. Pelajar tak dapat pembelajaran sempurna kerana, tiada internet. Majikan tak dapat berkomunikasi jelas dengan para pekerja kerana, internet teruk. Pekerja tak dapat buat kerja dengan lancar dari rumah kerana, line internet sucks.

Jadi sebenarnya masalah utama kita semasa pandemik ini, adalah capaian internet yang sangat teruk. Teruk!

Bayangkan 48 ribu orang murid yang mengadu tiada gajet pada Ustaz Ebit Lew. Masalah gajet ini mudah. Beli atau buat crowdfund, settle. Laptop refurbished boleh dapat semurah RM500. Tapi apa masalah laptop tersebut? Saya ulang sekali lagi. Internet.

Sekarang sudah masuk PKP kali kedua. Dengar ura-ura Februari akan ada total lockdown. Juataan orang akan bekerja dari rumah. Tetapi hal internet, hal yang jadi keutamaan kita ini masih lagi belum kerajaan selesaikan.

Kalau payah sangat kerajaan nak fikir, mai sini saya nak bagi solusi:

Pertama, luaskan capaian internet. Saya tahu perkara ini boleh dilakukan. Kita tengok balik isu Veveonah, gadis Pitas yang perlu panjat pokok untuk dapat line Internet bagi menghadiri kelas onlinenya. Bila tular di media sosial, terus satu kawasan kampung Veveonah dapat capaian internet. Satu pejabat TM turun pasang pencawang.

Satu Veveonah, dapat manfaat satu kampung. Dari sini kita tahu, hal meluaskan capaian ini bukan satu masalah bagi kerajaan. Tak perlu tunggu rakyat maki, baru Telekom Malaysia turun buat kerja.

Kedua, mudahkan pemasangan internet. Saya ambil contoh diri sendiri, minggu lepas, saya nak pasang internet di rumah di Bandar Baru Bangi. Unifi kata tak boleh, sebab tak ada port. What the F? Bayangkan, ini berlaku di tengah-tengah bandar. Belum lagi ambil kira ceruk kampung, nuh di Cerun Tok Kun.

Matilah saya kalau nak kena cukup permohonan dalam satu-satu kawasan itu, baru boleh tambah port? Kita dah tahu internet sekarang ini adalah keperluan semua. TM, banyakkan lah port. Takkanlah benda mudah ini pun tak boleh buat?

Ketiga, murahkan pakej internet. Sekarang ini semua orang pakai internet. Syarikat telco memang untung banyak menyedut darah. Ah, sebelum wabak pandemik ini pun, syarikat telco tak pernah rugi. Jadi bila dah untung banyak macam ini, takkan tidak boleh langsung beri pakej internet murah murah kepada rakyat, para pelanggan yang mengkayakan kalian?

Kerajaan pula patut wajibkan para syarikat telco ini beri subsidi internet secara bersasar. B40 dapat percuma, M40 dapat pakej murah. T5 caj double. Adil.

Okey, cukup saya beri 3 solusi ini dahulu.

Come on Kementerian Komunikasi dan Multimedia, jangan pandai beli akaun Twitter sahaja, buat kerja pun kena pandailah sama.

Nasib para pelajar, guru, pekerja dan majikan, bergantung pada kebijaksaan kalian.

Sekian, saya mencadang.

Mutalib Uthman
CEO Perbadanan Kota Buku
Pekerja KPM
Bapa pelajar tadika

Sumber :