Ini yang Steven Sim buat bila tahu ada 57 kedai mesin judi di parlimennya, kini sifar kedai mesin judi

Ini yang Steven Sim buat bila tahu ada 57 kedai mesin judi di parlimennya, kini sifar kedai mesin judi

Dalam berbicara tentang mesin judi haram yang heboh sehari dua ini, Bukit Mertajam juga mempunyai pengalaman yang tersendiri dalam menangani isu ini.

4 tahun lalu di sebanyak 57 buat pusat mesin judi telah di kesan beroperasi di Bukit Mertajam di mana 24 premis dikesan dalam kawasan Dun Machang Bubok, 16 Dun Padang Lalang dan 17 Dun Berapit.

Apa yang di lakukan oleh ahli parlimen Bukit Mertajam saudara Steven Sim ialah melakukan kerjasama membantu pihak polis dan majlis kerajaan tempatan dengan menyediakan laporan pemetaan terperinci terhadap kedai-kedai mesin judi ini.

Tanpa ada niat untuk mengajar pihak polis, beliau telah bertemu dengan ketua polis daerah ketika itu (Tuan Nik Azhan) berbincang bagaimana untuk sama-sama membantu menutup permis-permis judi ini.

Nasir Al-Helmy yang bertugas sebagai pegawainya pada ketika itu telah membuat penyelidikan dari satu kedai ke satu kedai sehingga di sedari dan di kepung oleh gangster yang melindungi kedai-kedai mesin judi ini.

Usaha membenteras pusat pejudian ini bukanlah dengan membuat tuduhan yang mudah kepada pihak berkuasa kerana pihak polis juga berhadapan dengan berbagai halangan peraturan yang mereka terpaksa ikuti.

Makanya pada kunjungan paling terkini kami 2 bulan lalu ke Ibu Pejabat Polis Daerah, Tuan OCPD yang baru Tuan Superintendan Shafee Abdul Samad telah melaporkan Bukit Mertajam kini adalah sifar kedai mesin judi.

Ini adalah hasil kerjasama dengan membantu dan menyokong penuh pihak polis dalam usaha membenteras mesin judi tanpa meletakkan kesalahan kepada orang lain.

Berita penuh :