Ini yang bakal dihadapi guru tak vaksin bila hadir ke sekolah

Ini yang bakal dihadapi guru tak vaksin bila hadir ke sekolah. Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang masih belum menerima vaksin lengkap atau tidak mengambil vaksin tetapi perlu hadir ke sekolah harus mematuhi beberapa garis panduan ditetapkan.

Berdasarkan garis panduan pengurusan dan pengoperasian sekolah 3.0, antara beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi adalah tidak berada di bilik atau kawasan yang sama dengan murid atau warga sekolah yang telah menerima vaksin lengkap.

ini

BACA JUGA : Panas !!! Syed Saddiq dedah kemewahan gaji, elaun menteri

Selain diminta untuk sentiasa memakai pelitup muka berganda dan pelindung muka, golongan belum lengkap vaksin ini juga tidak dibenarkan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka.

Pihak penyedia perkhidmatan sokongan juga perlu memastikan hanya pekerja yang telah menerima vaksin lengkap bertugas di sekolah.

Pada masa sama, pihak sekolah perlu menyediakan bilik yang berasingan untuk guru dan AKP yang masih belum menerima vaksin lengkap atau tidak mengambil vaksin.

Berita penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/guru-belum-lengkap-vaksin-boleh-hadir-dengan-syarat/

CATEGORIES