Ini tips mudah masak bihun goreng tak putus

Oleh AHMAD SULAIMAN

Menu ringkas seperti bihun goreng seringkali menjadi juadah dalam menyambut tetamu yang datang secara tiba-tiba.

Walaupun ringkas namun ia menjadi kegemaran yang tua mahupun yang muda.

Tetapi jika tidak dimasak dengan cara yang betul, bihun yang digoreng boleh menjadi lembik, terputus-putus, dan sama sekali tidak menarik untuk dijamah.

Untuk mengelakkan anda daripada berhadapan dengan situasi ini, mari cuba mengikuti panduan

Ada yang dikongsikan oleh seorang individu yang kerap berkongsi tip masakan di Facebook, Afy Al Habibi.

Ini tips mudah masak bihun goreng tak putus

Berikut adalah lima panduan yang dikongsikan beliau untuk menghasilkan bihun goreng yang enak dan cantik hasilnya:

1. Rendam bihun

Hanya rendam bihun dalam air paip biasa selama kira-kira 15 minit. Elakkan daripada merendamnya dengan air panas, walaupun sebentar kerana boleh menyebabkan urat bihun mudah putus dan membuatnya kembang.

2. Bahan tumisan

Untuk menghasilkan bihun yang sedap, rencah tumis tidak perlu ditambah dengan pelbagai jenis sos. Pelbagai rasa boleh dicapai dengan cara yang kreatif.

Sebagai contoh, jika anda ingin bihun berwarna merah seperti cara masakan ibu, gunakan cili kering yang dikisar dan sos cili. Untuk bihun putih ala Singapura, tambahkan sedikit serbuk lada hitam mengikut selera anda.

3. Tutup kuali

Saya selalu tambahkan air tetapi urat bihun menjadi kembang dan rasa bihun menjadi kurang memuaskan. Sekarang, saya menggunakan alternatif lain iaitu menutup kuali dengan tudung periuk. Cara ini membuat bihun cepat lembut dan memberikan hasil yang cantik pada rupa bihun.

4. Kacau bihun

Untuk mengacau bihun, saya suka menggunakan sudip kayu. Saya balik-balikkan bihun hanya sesekali dan paling penting tidak perlu menusuk-nusuk agar urat bihun tidak terpotong. Kacau dengan perlahan dan pastikan api yang digunakan adalah yang paling perlahan.

5. Hiasan

Jangan lupa taburkan daun bawang, daun sup dan hiasan lain yang bersesuaian. Saya sarankan letak daun bawang untuk menaikkan lagi rasa bihun goreng.

Selamat mencuba!

Baca juga Pesakit mental lagi bahaya daripada orang gila rupanya