Ini teknik hilangkan kutu beras tanpa perlu jemur

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Ini teknik hilangkan kutu beras tanpa perlu jemur. Bubuk atau kutu beras memang musuh suri rumah.

Ada seekor je dalam bekas beras, dalam masa yang singkat serangga kecil ini akan membiak dengan pantas. Menyakitkan hati betul.

Beras yang diserang bubuk akan menjadi kurang enak, lembik dan mudah basi.

Ini teknik hilangkan kutu beras tanpa perlu jemur

Nak buang pula terasa rugi lebih-lebih lagi jika beras masih banyak.

Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, ada petua perkongsian saudari Nur Hasanah Harun yang anda boleh cuba. Moga ia bermanfaat dan membantu anda di dapur.

Meninggalkan rumah dalam masa 6 bulan membuatkan beras di dapur diserang bubuk. Sayang jika dibuang. Nak jemur pun cuaca tidak mengizinkan. Jadi cara yang dikongsi ini lebih praktikal dan mudah.

Ini teknik hilangkan kutu beras tanpa perlu jemur
HAPUSKAN KUTU / BUBUK BERAS GUNA OVEN

1.Panaskan oven sekejap. Masuk beras dalam tray dan masukkan ke oven lebih kurang 10 minit biar beras jadi betul-betul panas. Ia bertujuan supaya kutu/bubuk dan ulat-ulatnya mati.

Ini teknik hilangkan kutu beras tanpa perlu jemur

2. Jika tiada oven, boleh goreng beras tanpa minyak di dalam kuali . Goreng sekejap sahaja, suhunya agak-agak panas. Jangan goreng sampai keperangan macam beras untuk buat pekasam pula.

3. AKeluarkan beras dari oven, biarkan sejuk kemudian ayak untuk mengasingkan kutu.

Ini teknik hilangkan kutu beras tanpa perlu jemur

MACAM MANA NAK TAHU BERAS MASIH ELOK ATAU TIDAK?

Ini teknik hilangkan kutu beras tanpa perlu jemur

Caranya mudah sahaja. Cuba basuh beras tersebut. Jika tiada berasa putih timbul banyak, itu bermakna beras masih elok. Kalau timbul banyak dan ringan, cuba patahkan beras tersebut. Dalamnya ada ulat bubuk.

Tak ada oven & tak rajin nak goreng beras? Anda juga boleh cuba petua ni.

6 CARA MUDAH & BERKESAN UNTUK HALAU KUTU/BUBUK BERAS

1. JEMUR BERAS DI BAWAH PANAS MATAHARI

Ini teknik hilangkan kutu beras tanpa perlu jemur

Paling mudah untuk hilangkan kutu beras ialah dengan meletakkan beras di atas dulang kemudian jemur di tengah panas.

Jika tiada dulang bersesuaian, jemur sahaja bekas beras yang telah dibuka penutupnya. Dengan cara ini kutu akan keluar dari beras untuk cari tempat lembap.

2. GUNA CILI KERING

Kedua, masukkan cili kering yang telah dipotong dua ke dalam bekas simpanan beras. Cili kering berbau kuat dan juga bersifat panas. Kutu tak suka cili kering dan ia dapat menghilangkan dan menghalau kutu dari bersarang dalam bekas beras anda.

3. LETAK BAWANG PUTIH

Ini teknik hilangkan kutu beras tanpa perlu jemur

Kutu/bubuk beras dikatakan tidak suka pada bau-bauan. Jadi bahan-bahan yang beraroma seperti bawang putih juga boleh digunakan untuk menghalau serangga ini. Caranya mudah sahaja. Ambik beberapa ulas bawang putih dan masukkan ke dalam bekas beras anda.

4. GUNA KERATAN BATANG & DAUN PUDINA

Ini teknik hilangkan kutu beras tanpa perlu jemur

Tangkai daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian ramas atau kisar jadi serbuk dan masukkan ke dalam uncang. Boleh juga digaulkan bersama-sama dengan beras. Cara ini agak berkesan menghalau serangga ini.

5. DAUN LIMAU PURUT

Ini teknik hilangkan kutu beras tanpa perlu jemur

Letakkan daun limau purut ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh menghalau kutu dari terus menghuni bekas simpanan beras.

6. BUAT UNCANG KULIT KAYU MANIS

Ini teknik hilangkan kutu beras tanpa perlu jemur

Ini teknik hilangkan kutu beras tanpa perlu jemur

Anda juga boleh letak kulit kayu manis di dalam bekas beras. Bau harumnya mampu menghalau kutu dari bekas beras. Caranya mudah sahaja. Ambik beberapa batang kulit kayu manis. Goreng dalam kuali tanpa minyak bagi menerbitkan bau harum. Kemudian masukkan ke dalam uncang dan letak dalam bekas beras.
Selamat mencuba!

BACA JUGA :Ini sebab kenapa kita dilarang guna wang kertas ada kesan dakwat ramai tak tahu