Ini tarikh mula bayar balik PTPTN sebaik sahaja tamat belajar

Ini tarikh mula bayar balik PTPTN sebaik sahaja tamat belajar. Anda dah tamat pengajian? Tahniah bagi yang dah tamat pengajian dengan jayanya! Bagi peminjam PTPTN yang telah menamatkan pengajian.

[bg_collapse view=”button-blue” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Bayaran balik pinjaman PTPTN anda akan bermula pada bulan ke 13 selepas tamat tempoh pinjaman dan akan berakhir mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Ini tarikh mula bayar balik PTPTN sebaik sahaja tamat belajar

Pastikan anda bayar mengikut jadual yang ditetapkan ya untuk mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang!

Kegagalan peminjam bayar balik pinjaman PTPTN boleh meninggalkan rekod yang buruk dalam laporan kewangan CCRIS/CTOS anda dan akan menyukarkan anda membuat sebarang pinjaman kewangan nanti.

Nak tahu bila kena bayar balik PTPTN selepas habis belajar? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui maklumat penting tempoh mula bayaran balik pinjaman PTPTN.

Tempoh Mula Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Berikut adalah maklumat tempoh mula bayaran balik pinjaman PTPTN yang anda kena ambil tahu:

  • Peminjam hendaklah membuat bayaran balik pinjaman selepas 12 bulan tamat pengajian TANPA perlu menunggu Notis Bayaran
  • Kos upah (Ujrah) secara bulanan akan dikenakan bermula pada bulan ke-13
  • Peminjam yang membuat bayaran balik lebih awal tidak akan dikenakan kos upah dalam tempoh 12 bulan tersebut
  • Tempoh bayaran balik bagi peminjam yang membuat pertukaran Ujrah adalah berdasarkan baki pinjaman

Ini bermakna, sebaik sahaja cukup 1 tahun anda menamatkan pengajian, anda tidak perlu tunggu notis bayaran daripada pihak PTPTN. Anda boleh terus mula buat bayaran balik PTPTN melalui beberapa kaedah yang disediakan.

Semak Baki Pinjaman PTPTN

Individu yang nak semak baki pinjaman PTPTN boleh buat semakan secara atas talian dengan mudah sekarang. Semakan baki pinjaman PTPTN boleh dibuat dengan ikut panduan berikut:

Tamat Pengajian Dengan Ijazah Kelas Pertama

Bagi pelajar yang tamat pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau setaraf dengannya, anda adalah LAYAK mendapat PENGECUALIAN bayaran balik pinjaman PTPTN.

Namun, anda mestilah buat permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman dalam tempoh 60 hari dari tempoh tamat belajar.

Bagi yang nak buat permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN, anda boleh buat terus ke pautan berikut:

Kaedah Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Bayaran balik pinjaman PTPTN boleh dibuat melalui beberapa kaedah yang disediakan, iaitu:

  1. Mohon pengeluaran simpanan KWSP (Akaun sendiri atau ibu bapa)
  2. Potongan gaji setiap bulan
  3. Melalui perbankan online
  4. Di lebih 3,000 ejen KWSP
  5. Potongan Direct Debit (potongan bulanan)

Tonton:

Baca:

Anwar, Muhyiddin dan Tun M akan bincang kerjasama politik?

“Siapa suruh hulur kaki dalam parit..kan dah mendapat”

Ini amaran pengasas Telegram kepada pengguna Whatsapp, benda buruk akan berlaku
[/bg_collapse]

CATEGORIES